Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keberkesanan pemerintah: S'pura tempat teratas

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA menduduki tempat teratas dalam senarai yang jejaki keberkesanan pemerintah di seluruh dunia.



Prestasi Singapura naik daripada tempat ketiga disebabkan tonggak kepimpinan dan pandangan jauh, institusi yang kukuh, pengawasan kewangan, pasaran yang menarik dan usaha membantu penduduk untuk bangkit semula.



Singapura juga berada di kedudukan ke-11 dalam kedaulatan undang-undang, nombor empat dalam kepimpinan beretika, dan nombor dua dalam hak harta benda.



Institut Tadbir Urus Chandler berkata laporan tahun ini menawarkan tumpuan khusus tentang bagaimana tonggak pemerintah yang baik berdiri bersama dalam menghadapi krisis.



Cabaran wabak yang boleh membawa maut, perang berdarah dan inflasi yang berleluasa membawa cabaran bagi pemerintah yang perlu menghadapi perubahan dan ketidakpastian yang berterusan sambil mengekalkan kestabilan dan menyesuaikan diri dengan berkesan, tambah institut itu.



Institut Tadbir Urus Chandler berkata Singapura mampu melaksanakannya pada masa bergelora kerana ia semakin baik dari segi pelaksanaan, keutamaan strategik dan inovasi.



Gerak balas Singapura terhadap pandemik Covid-19 dipuji kerana ia mengatasi prestasi negara sebaya dalam pemulihan daripada wabak itu, dan ekonomi melepasi tahap sebelum krisis.



Selepas Singapura dalam 10 senarai teratas ialah Switzerland, Finland, Denmark, Norway, Sweden, Belanda, Jerman, United Kingdom dan New Zealand.



Singapura, Finland dan Norway menunjukkan kebolehan paling kuat untuk menguruskan risiko yang ditimbulkan oleh krisis.



Negara yang ditadbir dengan baik lebih berkemungkinan berjaya membangunkan daya tahan yang lebih besar untuk bersedia menghadapi krisis sedemikian.



Indeks itu mengkaji bagaimana institusi awam bersedia menghadapi krisis, cara pemerintah menghadapi inflasi sambil mengekalkan pekerjaan yang baik, dan cara pemerintah membina masyarakat yang lebih inklusif dan sistem kesihatan yang berdaya tahan, antara lain.



Encik Wu Wei Neng, pengarah eksekutif institut itu, yang bekerjasama dengan pemerintah melalui program latihan dan projek, berkata metodologi indeks itu memfokuskan pada keupayaan dan kemahiran teknokrat, dan bukannya ideologi politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >