Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai Apple pertama dalam kompleks lapangan terbang buka di Jewel esok

Jul 12, 2019 | 11:55 AM



KEDAI kedua Apple di Singapura akan dibuka di Jewel di Lapangan Terbang Changi pada 10 pagi esok (13 Julai) dan orang ramai yang berkunjung ke kedai itu bakal disambut oleh kakitangan yang boleh bertutur dalam 11 bahasa.



Kedai dua tingkat di tingkat dua Jewel itu mempunyai lebih 100 kakitangan dan ada di antara mereka juga yang boleh berkomunikasi dengan pelanggan dalam bahasa isyarat, menurut Apple.



Selain bahasa Inggeris, kakitangan kedai itu antara lain boleh bertutur dalam bahasa Jerman, Hindi, Italy, Melayu dan Cina.





Ini juga merupakan kali pertama Apple membuka kedai dalam kompleks lapangan terbang dan akan menawarkan lebih 200 produk termasuk Apple iPhone dan iMac serta pelbagai aksesori.



Pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat dan sokongan teknikal tentang produk Apple selain menyertai program pembelajaran menerusi sesi 'Today at Apple'.



Mereka boleh belajar bagaimana untuk mengambil gambar dan koding.



First Apple store inside an airport complex to open on Saturday at Jewel Changi Airport



Pengarah pasaran kanan Apple, Encik Denny Tuza, berkata:



“Kami tahu orang Singapura suka menimba pengetahuan menerusi sesi 'Today at Apple' di Apple Orchard Road.



“Kami ingin menghasilkan sesuatu yang cukup istimewa, unik dan berbeza di Changi. Oleh itu, kami menghasilkan sesi 'Today at Apple' kami sendiri,” kata Encik Tuza.



First Apple store inside an airport complex to open on Saturday at Jewel Changi Airport



Dinamakan 'The Magic of Jewel Changi Airport Photo Walk', sesi sejam ini membolehkan orang ramai belajar teknik mengambil gambar menggunakan iPhone dan iPad sedang mereka merakam gambar dan meneroka seni bina Jewel.



Mereka boleh mendaftar bagi sesi ini dan sesi lain menerusi laman web 'Today at Apple'.



 



Antara pelanggan pertama di pembukaan rasmi kedai Apple di Jewel esok akan menerima kemeja-T Apple eksklusif.



Bagaimanapun, Apple tidak menyatakan jumlah kemeja-T yang akan diberikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >