Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedaulatan Indonesia ke atas wilayahnya dihormati, hak latihan tentera SG dipelihara

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



APABILA berkuat kuasa, Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA), yang pelaksanaannya dipersetujui Singapura dan Indonesia baru-baru ini, akan memberi kejelasan kepada aturan latihan tentera Singapura di perairan dan ruang udara wilayah Indonesia.



Perjanjian itu akan menghormati kedaulatan Indonesia ke atas wilayahnya, sambil memelihara hak Singapura mengadakan latihan tentera, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.



Semasa Rahat Pemimpin Singapura dan Indonesia baru-baru ini, pemerintah dua negara ini bersetuju mengesahkan dan menguatkuasakan DCA serta Aturan Pelaksanaan antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Indonesia (kini disebut Angkatan Pertahanan Nasional Indonesia) bagi kawasan latihan tentera.



Kededua perjanjian itu ditandatangani pada 2007 tetapi tidak diluluskan Parlimen Indonesia.



Kededua negara telah bersetuju mengesahkan dan menguatkuasakan DCA dan Aturan Pelaksanaan itu bagi tempoh 25 tahun.



Dalam satu kenyataan menteri di Parlimen semalam, Encik Teo berkata pertubuhan pertahanan Singapura dan Indonesia menikmati hubungan rapat selama berdekad.



"Sedang cabaran keselamatan bersama menjadi lebih rumit, kita lebih-lebih lagi perlu bekerjasama lebih rapat.



"DCA akan memperkukuh kerjasama antara angkatan bersenjata kita dan memajukan hubungan pertahanan dua hala.



"Ia juga akan mempermudah perbincangan dan penyeliaan bidang baru dalam kerjasama pertahanan antara dua pertubuhan pertahanan kita," kata Encik Teo.



Menurut beliau lagi, SAF telah menjalankan latihan di Kawasan Berbahaya Laut China Selatan (SCSDA) yang diperuntuk sejak 1960-an, apabila kawasan itu merupakan perairan antarabangsa.



Setelah itu, sebahagian daripada SCSDA menjadi sebahagian daripada kepulauan serta perairan dan ruang udara wilayah Indonesia di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-Undang Kelautan (Unclos).



Namun, kegiatan latihan SAF di kawasan tersebut diteruskan, menjadi satu hak yang diperuntuk di bawah Artikel 51 Unclos.



"Apabila DCA berkuat kuasa, ia akan memberi kejelasan berkenaan aturan latihan SAF di kepulauan serta perairan dan ruang udara wilayah Indonesia, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan Indonesia ke atas wilayahnya, sambil memelihara hak Singapura," kata Encik Teo.



Isu DCA itu antara tiga isu dua hala berpanjangan dalam hubungan Singapura dan Indonesia. Dua lagi ialah berkenaan pengurusan ruang udara dan ekstradisi orang buruan.



Dua negara ini menandatangani perjanjian bersejarah berkenaan tiga isu itu dalam Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia bulan lalu, yang pertama diadakan sejak pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >