Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kededua nama maktab rendah digunakan bagi kolej yang bergabung

Jan 11, 2018 | 01:27 PM



MAKTAB Rendah yang terjejas ekoran proses penggabungan tahun depan tidak akan kehilangan nama sekolah mereka.



Ini kerana bagi setiap pasangan maktab rendah yang digabungkan, nama baru yang bakal digunakan menggabungkan kededua nama sekolah tersebut.



Misalnya Maktab Rendah Anderson dan Serangoon yang digabungkan bakal mempunyai nama baru iaitu Maktab Rendah Anderson Serangoon.



Ini diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam pertemuan dengan media.



Dalam menentukan nama maktab rendah mana yang diletakkan di hadapan, MOE berkata sekolah yang lebih tua, namanya akan diletakkan dahulu di hadapan untuk mencerminkan sejarah dan warisan maktab rendah tersebut.



Beberapa faktor ditimbangkan dalam menentukan nama sekolah termasuk sejarah dan warisan sekolah, mereka yang berkepentingan dan sentimen kesemua sekolah yang terlibat.



Para pengetua maktab rendah yang terjejas juga telah mengadakan pelbagai sesi sepanjang tahun lalu untuk mendapatkan maklum balas daripada Jawatankuasa Penasihat Kolej (CAC), staf, persatuan alumni mengenai isu penggabungan ini termasuk meneroka pelbagai nama baru untuk kolej.



Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sekolah) Cik Liew Wei Li dalam kenyataan MOE hari ini berkata beliau akur tentang pentingnya pengalaman sekolah pelajar dalam memupuk identiti dan memori bersama.



"Memandangkan kesemua lapan maktab rendah yang digabungkan itu membentuk aspek yang agak penting dalam landskap maktab rendah di sini, kami percaya mengekalkan nama kededua kolej akan membolehkan maktab rendah yang bergabung unuk menyatukan kekuatan mereka dan melangkah ke hadapan sebagai satu entiti bagi merintis perjalanan baru bersama," ujarnya.



Di samping itu, MOE juga telah melantik pemangku pengetua bagi maktab rendah yang digabungkan itu. Mereka akan memulakan perlantikan mereka mulai hari ini. 



Kesemua nama baru kolej yang bergabung telah didedahkan kepada pelajar pagi tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >