Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kediaman HDB lebih mesra warga emas

Subsidi besar diperuntukkan antaranya untuk adakan 'kemudahan' bagi mereka yang berkerusi roda
Apr 03, 2023 | 05:30 AM



MULAI 4 April, lebih banyak kelengkapan mesra warga emas akan dimasukkan di bawah program Peningkatan bagi Warga Emas Aktif (Ease), menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Ahad.



Berucap semasa lawatannya ke Jurong, Encik Lee berkata ini adalah sebahagian daripada usaha pemerintah menjadikan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan kawasan perumahan lebih mesra warga emas semakin ramai warga Singapura kian menua menjelang 2030.



"Orang ramai sedia maklum bahawa di bawah Ease, pemilik flat boleh dapat memasang palang pegangan atau tanjakan.



"Namun, terdapat juga flat HDB lama yang mempunyai lebih dari tiga anak tangga di luar rumah, yang boleh menjejas pergerakan warga emas yang ingin keluar masuk rumah. Bagi rumah sebegini, pemerintah akan menawarkan kemudahan tersuai, dan ini akan juga mendapat subsidi tinggi sebanyak 95 peratus oleh pemerintah," kata Encik Lee.



Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan bagi program tersebut termasuk tawaran pemasangan tanjakan tersuai di pintu masuk dan pengangkat kerusi roda bagi penduduk yang tinggal di flat HDB lama.



Tanjakan tersuai bertujuan untuk flat HDB lama yang mempunyai lebih daripada tiga anak tangga di pintu masuknya. Tanjakan akan dipasang mengikut konfigurasi pintu masuk dan ruang unit, tertakluk kepada penilaian tapak.



Pengangkat kerusi roda pula lebih sesuai bagi flat HDB lama di mana tanjakan tidak boleh dipasang kerana kekangan tapak. Inisiatif ini mula dirintis pada 2018 dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sehingga kini, sebanyak 16 pengangkat kerusi roda telah dipasang.



Bercakap dengan Berita Harian, seorang penduduk, Encik Abdul Jalil Abdul Karim, 64 tahun, yang mempunyai seorang ibu yang berkerusi roda, berkata:



"Baguslah, ia banyak membantu saya. Dengan pemasangan tanjakan, lebih senang untuk saya bawa emak saya keluar masuk rumah. Lebih-lebih lagi, tanjakan itu senang dan cepat untuk dipasang dan dilipat," tambahnya.



Menurut HDB, program Ease telah kerap disemak dan dipertingkatkan untuk memanfaatkan lebih ramai penduduk sejak ia dilancarkan pada 2012.



Tambahnya, lebih 283,900 isi rumah telah raih manfaat daripada program tersebut, termasuk 176,000 isi rumah (62 peratus) yang memilih Ease bersama-sama dengan Program Peningkatan Rumah (HIP), dan baki 107,900 isi rumah (38 peratus) yang memohon Ease di bawah skim Permohonan Langsung.



Di bawah program Ease, penduduk boleh memilih gabungan kelengkapan mesra warga emas seperti jubin kalis licin dan palang pegangan.



Pemerintah juga membayar sehingga 95 peratus daripada kos kerja peningkatan bagi isi rumah warga Singapura, bergantung pada jenis flat, dan pemilik hanya perlu membayar kelengapan yang telah mereka pilih.



Sebagai contoh, pemilik flat tiga bilik hanya perlu membayar 5 peratus daripada kos manakala pemilik flat lima bilik hanya perlu membayar 10 peratus daripada kos, berdasarkan keperluan yang telah mereka pilih.



Setakat 31 Mac 2022, pemerintah telah membelanjakan sekitar $110 juta untuk Ease bagi membolehkan penduduk mendapat manfaat daripada pembaikan rumah dan meningkatkan keselesaan dan keselamatan mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >