KEPRIHATINAN mengenai isu keganasan dan radikal secara sendiri bagi menyertai perjuangan kumpulan Isis akan menjadi antara topik utama dalam Sidang Menteri Asean (AMM) ke-48 yang berlangsung hari ini hingga lusa di Kuala Lumpur, Malaysia.
Mendedahkan demikian semasa taklimat media menjelang AMM Jumaat lalu, Menteri Luar merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam berkata terdapat golongan pengganas yang terbit dari negara sendiri dan radikal secara sendiri yang perlu dibincangkan, di samping pengaruh dari luar yang perlu ditangani.