Semangat cintakan negara di kalangan masyarakat Melayu/Islam Singapura terpantul menerusi aneka acara yang dianjurkan sempena menyambut Jubli Emas Singapura (SG50). Menerusi pelbagai kegiatan itu, terpapar ciri-ciri kemajmukan, kesatuan, keharmonian, semangat juang dan ketangkasan rakyat Singapura.
PELBAGAI jenis pertandingan, persembahan, penerbitan buku, penyampaian anugerah dan aneka jenis kegiatan dikaitkan dengan sambutan Jubli Emas Singapura (SG50).