Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan tempat tinggi luar darjah sambung semula mulai Feb

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



KEGIATAN Pembelajaran Kembara Luar Darjah (OAL) yang melibatkan tempat tinggi bagi sekolah-sekolah akan disambung semula mulai 1 Februari tahun depan dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam.



Penyambungan semula aktiviti-aktiviti itu termasuk tiga set langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan.



Pertama, para pengendali yang menawarkan kegiatan-kegiatan yang melibatkan tempat tinggi untuk para pelajar MOE mesti mempunyai kemudahan-kemudahan mereka yang diiktiraf secara tetap oleh sebuah persatuan sukan nasional atau sebuah badan profesional OAL serantau.



Pihak sekolah mesti melibatkan hanya pengendali bertauliah dan pengajar yang berkelayakan untuk aktiviti itu.



Kedua kegiatan sedemikian akan disambung semula secara progresif.



Kegiatan-kegiatan bagi kegiatan penuh cabaran, seperti zipline, dan kegiatan berhalangan yang memerlukan belaying - mengawal tali yang terikat kepada orang yang memanjat supaya mereka tidak terjatuh ke bawah - akan disambung semula.



Namun, ia akan dilakukan dengan tempo berkurangan sebanyak 50 peratus atau kurang daripada keupayaan operasi biasa mereka dari 1 Februari hingga 31 Mac tahun depan.



Ini bagi memastikan pengendali diberi masa untuk menyesuaikan diri selepas berehat selama dua tahun.



Ketiga, pihak MOE telah melantik dan melatih kakitangan sebagai ketua aktiviti luar sejak awal 2022 untuk menyeliakan penyampaian yang selamat dan berkualiti bagi aktiviti-aktiviti tersebut untuk para pelajar.



Majlis Pendidikan Kembara Luar Darjah, yang ditubuhkan pada September 2022, telah mengkaji semula langkah-langkah keselamatan MOE yang dipertingkatkan dan menyokong usaha menghidupkan semula kegiatan OAL yang melibatkan tempat tinggi untuk sekolah-sekolah.



Majlis ini sedang membangunkan piawaian kebangsaan untuk mengawal penyeliaan operasi dan keselamatan aktiviti-aktiviti yang melibatkan tempat tinggi di seluruh sektor pendidikan luar, yang akan diterima pakai oleh MOE apabila ia tersedia.



Kementerian itu juga telah menjalankan sesi ulang kaji dan kursus pensijilan semula untuk membantu pengajar mengekalkan pensijilan mereka.



Ia juga akan menjalankan sesi pengesahan kemahiran pada Januari tahun depan bagi memastikan para pengajar yakin bahawa mereka boleh menyambung semula kegiatan kursus cabaran dengan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >