Anugerah bantu perkasa diri
Kekal positif demi ubah nasib keluarga
Sejak 2013, Persatuan Muhammadiyah telah memberikan anugerah Al-Fatih untuk bekas penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM). Anugerah yang diberikan dalam bentuk biasiswa bernilai $2,500 setiap satu itu bermatlamat merangsang bekas penghuni RKM untuk teruskan pendidikan posmenengah mereka setelah keluar daripada RKM. HAKIM YUSOF (hakimy@sph.com) meninjau azam empat penerima anugerah itu tahun ini.
Jun 27, 2016 | 05:30 AM
MESKIPUN harus melalui liku kehidupan pada usia muda, ia tidak menghambat impian Encik Muhammad Hairin Abu Bakar untuk terus berjaya.
Beliau pernah ditempatkan di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) selama dua tahun pada 2008 atas masalah keluarga. Kini, pelajar sambilan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) itu mempunyai azam sendiri untuk mengubah nasib keluarganya itu.