Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kekecewaan terubat selepas raih tempat pertama, menang $13,000

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



BELIAU pernah kecewa apabila majlis penyampaian diploma fesyen yang diraihnya tidak dapat diadakan gara-gara Covid-19.



Namun kekecewaan jurugambar Hidhir Badaruddin terubat apabila beliau dinamakan sebagai pemenang tempat pertama bagi geran dari syarikat media antarabangsa, Getty Images bernilai AS$10,000 ($13,259) sebagai hadiah projek akhir tahunnya.



Lulusan London College of Fashion jurusan Pengarahan Kreatif itu diiktiraf kerana koleksi siri gambar berjudul Younglawa yang meneroka visinya terhadap generasi masukulin jejaka Asia.



Ini menjadikan beliau rakat Sinaran Kreatif Getty Images, mengalahkan 250 peserta dari serata dunia.



Encik Hidhir, 26 tahun, yang kini berpangkalan di London dalam interviu dengan Berita Harian menerusi e-mel berkata beliau tidak dapat peluang ke tanahair sejak tahun lalu gara-gara sekatan pandemik Covid-19.



Kata Encik Hidhir, beliau pada dasarnya bukanlah seseorang yang suka memasuki mana-mana pertandingan.



Memenangi geran itu tidak beliau jangkakan sama sekali.



Katanya, beliau mengetahui tentang peluang untuk mendapatkan geran itu daripada akaun Twitter Antwaun Sargent, seorang penulis merangkap kurator yang beliau ikuti.



Kertas projek tahun akhir beliau, 'YoungLawa', yang dianggarkan dalam 100 mukasurat itu telah beliau pendekkan hingga 10 mukasurat dan dihantar kepada Getty Images.



Gambar-gambar yang dihantar beliau pada Getty Images pula telah diambil di Singapura sebelum berlakunya wabak Covid-19.



Encik Hidhir berkata beliau mengambil gambar-gambar tersebut di Haji Lane dan Arab Street.



"Bagi bakat baru kreatif yang baru mendapatkan kelulusan di tengah-tengah pandemik ini, memenangi geran ini memberi makna yang sangat besar kerana ia menunjukkan ada sokongan kuat untuk saya.. apatah lagi sebagai seorang Asia yang berkulit agak gelap... tentu ia lebih bermakna," kata pemuda berketurunan Melayu-India itu.



Ditanya apa yang bakal beliau lakukan dengan wang yang dimenanginya, beliau berkata ia akan digunakan untuk meneruskan projeknya berjudul 'YoungLawa' yang tergendala dek Covid-19. Beliau juga merancang untuk mengeluarkan buku bagi projek ini.



Menerusi gambar-gambar yang mentafsirkan permainan belon yang popular pada era 1990-an serta kain sarong, Hidhir berharap projeknya turut dapat memaparkan budaya Melayu. Beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan penerbitan fesyen seperti Vogue Singapore.



Beliau ke London selepas tamat kuliah di Lasalle College of the Arts pada 2017 dan setelah tamat Perkhidmatan Negara (NS).



Beliau berharap kerja-kerja seninya akan memberi lebih banyak pendedahan tentang identiti masyarakat Asia, yang bagi beliau sebelum ini banyak distereotaip dengan imej Asia Timur seperti selebriti Korea dan Jepun.



"Saya kira ramai orang Barat lupa bahawa Asia itu cukup besar dan anda tidak akan mendapat gambaran yang jelas jika hanya pandang ke aliran media utama," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >