Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAYA

Kelab automatif bawa keceriaan menjelang Aidilfitri

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



LEBIH $5,000 telah dikumpul ahli kelab automatif, Outlander Passion Club (OPC) SG sebagai sebahagian daripada inisiatif amal Ramadan untuk membeli keropok dan kuih-muih Hari Raya untuk keluarga berpendapatan rendah.



Pada Sabtu lalu, ahli OPC mengagihkan pek makanan tersebut kepada lebih 200 isi rumah yang menetap di unit sewa di Jalan Tenteram menggunakan kereta SUV Mitsubishi Outlander masing-masing.



Ahli OPC, Encik Shahlifi Suleiman, 40 tahun, berkata tujuan inisiatif amal ini adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat pada bulan Ramadan dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.



"Ini bukan kali pertama kami lakukan inisiatif amal, malah kami telah melakukannya beberapa kali pada tahun-tahun sebelumnya sebelum Covid-19 berlaku.



"Kami telah membersihkan rumah orang tua dan mengagihkan barang keperluan rumah tetapi ini adalah kali pertama kami melakukan sesuatu semasa Ramadan," kata Encik Shahlifi.



Beliau menambah bahawa ahli OPC bukan Islam sangat menyokong inisiatif amal itu dan merupakan antara yang pertama menyumbangkan masa dan wang mereka.



Kini setelah sekatan Covid-19 ditarik balik, Encik Darren Wong, ahli OPC yang menyertai kelab itu beberapa bulan selepas ia diasaskan, tidak sabar untuk kelab itu menganjurkan lebih banyak inisiatif amal pada masa hadapan.



Kelab itu, kini mempunyai sejumlah 255 ahli, diasaskan pada 2019 untuk menyediakan sebuah ruang dimana pemilik kereta SUV Mitsubishi Outlander di Singapura boleh berkumpul dan bersembang.



"Sesetengah daripada kami (ahli OPC) cukup bernasib baik kerana dapat menyumbang kembali dan kami berbuat demikian untuk membantu keluarga kurang berkemampuan dan mereka yang tinggal di unit sewa.



"Bagi kami, penagihan keperluan rumah dan makanan mungkin kelihatan seperti perkara kecil dan remeh tetapi ia sangat bermakna bagi mereka.



"Kami bukan hanya dapat melihat keluarga hidup dalam keadaan susah dalam filem, malah kami boleh lihat sedemikian dalam kehidupan sebenar," kata Encik Wong, 45 tahun.



Pengasas bersama OPC, Encik Vincent Chin, 56 tahun, percaya bahawa warna kulit dan agama seseorang tidak penting ketika melakukan amal.



"Kelab ini diasaskan berdasarkan minat kami terhadap kereta SUV jadi agama dan bangsa kami tidak penting.



"Bagi saya, idea utama adalah untuk kami berkumpul dan membantu orang lain dalam apa jua cara yang kami mampu.



"Rasanya bagus untuk membantu orang lain. Perasaan yang saya rasakan ketika mengagihkan barangan makanan kepada isi rumah tidak dapat digambarkan.



"Beberapa keluarga juga menangis apabila menerima barang tersebut. Ia menunjukkan betapa bermakna perkara kecil begitu kepada mereka," kata Encik Chin.



Pengagihan pada Sabtu lalu merupakan inisiatif amal kedua dianjurkan OPC tahun ini.



Seminggu sebelum Ramadan, kelab itu telah mengumpulkan sejumlah $5,600 untuk membeli keperluan rumah seperti beras dan minyak masak dan mengagihkannya kepada kira-kira 60 isi rumah di Jalan Tenteram.



Encik Shahlifi menambah bahawa OPC biasanya mengagihkan barangan tersebut kepada isi rumah yang tidak mempunyai sokongan kewangan.



Sebahagian daripada ahli OPC mengenali beberapa sukarelawan masjid yang membantu mengenal pasti isi rumah tersebut.



"Dengan melakukan inisiatif ini, kami juga berharap dapat meningkatkan kesedaran bahawa ada orang yang hidup dalam kesusahan tetapi mereka tidak semestinya tahu bagaimana atau mahu mendapatkan bantuan.



"Antara Covid-19, kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan sekarang inflasi, kami boleh bayangkan kesukaran yang dihadapi isi rumah dan keluarga tersebut.



"Kebanyakan ahli OPC adalah warga kelas pertengahan tetapi kami bernasib baik kerana mempunyai wang simpanan tambahan untuk dapat membantu orang lain," ujarnya.



Ahli OPC tiba di Jalan Tenteram sekitar 10 pagi pada 15 Januari dengan memakai baju-T kelab berwarna biru dengan botol-botol kuih yang disimpan dalam beg plastik.



Baju-T kelab dan beg plastik tersebut ditaja oleh syarikat di mana beberapa ahli OPC bekerja.



Mereka termasuk Singapore Paints & Contractor Pte Ltd, Phamous Facilities Management Pte Ltd, Primeasia Plumbing & Sanitary Pte Ltd, APM Global Pte Ltd, Impact Security Services dan Trade-Pro Trading Pre Ltd.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >