Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab baru HomeTeamNS di Bedok Reservoir dibuka secara rasmi

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH rumah kelab baru bernilai sekitar $85 juta di Bedok Reservoir bagi anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) Home Team dan orang awam dibuka secara rasmi semalam.



Rumah Kelab HomeTeamNS Bedok Reservoir lima tingkat itu, yang seluas 14,500 meter persegi, menampilkan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi segenap lapisan usia dan dilengkapi dengan ciri-ciri hijau serta sistem bijak.



Ia merupakan satu-satunya rumah kelab yang terletak di depan kolam air di Singapura.



Majlis pembukaan rasmi rumah kelab itu dihadiri tetamu terhormat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang juga pengerusi lembaga pengelola HomeTeamNS.



Rumah kelab baru berciri unik, canggih untuk jadi kebanggaan NSmen: Shanmugam



Lebih 350 tetamu, termasuk anggota lembaga pengelola HomeTeamNS, relawan Home Team NSmen dan rakan perniagaan menghadiri majlis itu semalam.



Kemudahan terbaru itu merupakan antara tiga rumah kelab generasi seterusnya di bawah pelan induk rumah kelab HomeTeamNS yang dibangunkan pada 2016.



Rumah kelab Bedok Reservoir itu merupakan yang kedua dibuka. Rumah kelab yang pertama dibuka di Khatib pada 2021, manakala yang ketiga akan dibuka di Tengah.



Memberi ucapan di majlis tersebut, Encik Shanmugam berkata apabila pelan induk itu dibangunkan pada 2016, beliau telah memberi arahan bahawa tiga rumah kelab generasi seterusnya itu mesti mempunyai proposisi nilai yang unik, canggih dan terbaik dari segi lokasi, reka bentuk dan sebagainya.



Ia juga mesti memupuk rasa bangga yang kuat dalam kalangan NSmen.



"Rumah Kelab Bedok Reservoir adalah unik, disepadukan dengan kawasan dermaga kolam air. Saya mahukan kawasan dermaga - dan kami memilih Bedok kerana ia indah dan mempunyai populasi besar NSmen Home Team yang tinggal di sini.



"NSmen kita dan keluarga mereka akan menikmati pemandangan kolam air yang menakjubkan. Sukan air seperti kayak dan lumba bot naga sedia ada di kolam air. Di dalam bangunan, pusat kembara air dua tingkat mempunyai gelongsor air dalam bangunan terpanjang di Singapura, dan balapan tali berhalang basah dalam bangunan yang pertama di Singapura," kata beliau.



Selain pusat kembara air 'Aqua Adventure' yang disebutkan Encik Shanmugam itu, terdapat arena pengalaman aktif digital dipanggil 'Action Motion', yang dilengkapi dengan sistem permainan yang membolehkan peserta mencabar satu sama lain dalam balapan berhalang pelbagai peringkat dan markah mereka dipaparkan dalam masa nyata.



Selain itu, NSmen dan keluarga mereka boleh menginap di salah satu daripada 10 villa dua tingkat di East Villa, yang menawarkan pemandangan taman dan dermaga, lengkap dengan balkoni berbumbung, dapur dan kawasan barbeku terlindung.



Antara lain, pengunjung boleh bersenam di gim canggih Fitness Workz Garage yang sesuai untuk segenap lapisan usia.



Bangunan rumah kelab itu juga dianugerahkan Tanda Hijau Platinum BCA bagi ciri-ciri hijau yang diterapkan, seperti penggunaan lampu jimat tenaga dan bumbung "biru dan hijau" bagi memanfaatkan sumber semula jadi seperti tenaga suria dan hujan.



Ketua Eksekutif HomeTeamNS, Cik Agnes Eu, berkata untuk melengkapi rumah kelab mereka yang canggih, pasukannya bekerja keras dalam huraian digital yang inovatif untuk membolehkan anggota mereka menavigasi rumah kelab dengan lancar.



"Rumah kelab baru kami menampilkan lobi yang dilengkapi dengan kiosk bantu diri di mana anggota boleh mengakses khidmat keanggotaan dan tempahan kemudahan."



Ciri-ciri bijak yang digunakan termasuk pegawai concierge robot dan sistem akses pintu kod QR tanpa kunci di East Villa yang disepadukan dengan aplikasi HomeTeamNS.



Rumah kelab HomeTeamNS Bedok Reservoir dijangka menarik sekitar 94,000 pengunjung setiap bulan.



Ia dibuka kepada orang awam, namun keanggotaan hanya disediakan bagi NSmen dan keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >