Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab Heal luas khidmat bantu individu hadapi isu ketagihan

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



KELAB Heal, pertubuhan yang memberi tumpuan kepada golongan yang berdepan dengan isu mental, kini mengembangkan usaha membantu individu yang mempunyai masalah ketagihan.



Melalui kerjasamanya dengan Kumpulan Sokongan Reformasi (RSG), Kelab Heal telah mula membantu keluarga yang masih melalui proses pemulihan serta keluarga mereka sejak September lalu.



Kerjasama itu diumumkan Presiden Kelab Heal, Dr Radiah Salim, dalam satu acara pelancaran buku anjuran kelab itu semalam.



"Pada masa depan, RSG mungkin meluaskan program hujung minggu mereka di pusat lain kami untuk memberi manfaat kepada mereka yang tinggal berdekatan.



"Pasukan penagihan kami yang memberi tumpuan kepada wanita yang menjalani pemulihan boleh belajar banyak perkara daripada RSG dan kami berharap untuk mendekati lebih ramai wanita dengan isu ketagihan, serta keluarga mereka," kata Dr Radiah.



Acara itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA), Encik Hawazi Daipi.



"Usahasama antara Kelab Heal dengan RSG amat penting dalam usaha membantu golongan berisiko tinggi mengatasi ketagihan dan mencegah golongan muda dalam keluarga daripada terjebak dalam kancah ketagihan.



"Saya berharap iltizam anda secara sendiri-sendiri dan dalam kerjasama ini akan berhasil memecahkan rantaian ketagihan dalam keluarga dan masyarakat," kata Encik Hawazi dalam ucapannya.



Kelab Heal turut melancarkan buku bertajuk Dari Mabuk Ke Terdorong (DMKT) tulisan Encik Ram Dubey, dan mengendali perbincangan mengenai pemulihan daripada ketagihan arak.



Buku itu, yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu oleh Dr Radiah, membincangkan bagimana seseorang boleh mengatasi ketagihan alkohol dan menjalani kehidupan menjauhinya.



Setelah Dr Radiah membaca versi Inggeris buku From Drunken to Driven oleh Encik Ram, beliau berasa bahawa buku itu penting untuk diterjemahkan kerana ia boleh memberi banyak manfaat kepada pembaca bahasa Melayu yang bergelut dengan ketagihan alkohol.



"Buku yang telah diterjemahkan itu mengongsi jalan menuju pemulihan daripada alkoholisme dan bagaimana seseorang dapat mengatasinya melalui pendekatan holistik untuk pemulihan yang menggunakan model yang merangkumi aspek kerohanian, fizikal, emosi, hubungan dan mental.



"Pendekatan ini berguna bukan hanya untuk ketagihan bahkan juga cabaran kesihatan mental yang lain seperti penyakit demensia, dan boleh diaplikasi untuk penyakit fizikal seperti diabetes dan darah tinggi," ujar Dr Radiah.



Dalam pada itu, Encik Ram turut melahirkan harapan agar buku itu boleh membantu pembaca memahami tentang alkoholisme dan proses pemulihan.



"Saya berdoa agar ia dapat membantu mereka atau orang lain menuju ke jalan pemulihan. Pemulihan pasti diraih bagi mereka yang memulakannya dengan ikhlas dan jujur," tambahnya.




"Usahasama antara Kelab Heal dengan RSG amat penting dalam usaha membantu golongan berisiko tinggi mengatasi ketagihan dan mencegah golongan muda dalam keluarga daripada terjebak dalam kancah ketagihan. Saya berharap iltizam anda secara sendiri-sendiri dan dalam kerjasama ini akan berhasil memecahkan rantaian ketagihan dalam keluarga dan masyarakat."
- Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA), Encik Hawazi Daipi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >