Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab interaksi bagi kesihatan masyarakat libatkan belia dilancar

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



BAGI menggalakkan lebih ramai belia memainkan peranan dalam pendidikan kesihatan masyarakat, Yishun Health, Kelab Rotggari Singapura (RCS) dan pertubuhan akar umbi (GRO) Sembawang telah bergabung tenaga untuk melancarkan Kelab Interaksi Sembawang (ICS) semalam.



ICS merupakan kelab interaksi Rotari yang pertama ditubuhkan untuk memenuhi keperluan kesihatan awam dalam masyarakat.



Kelab baru itu akan memberi peluang kepada belia berusia 15 hingga 19 tahun memainkan peranan dalam masyarakat melalui penglibatan secara langsung dalam inisiatif kesihatan awam dan kerjasama erat dengan penjagaan kesihatan tempatan, pertubuhan sokongan masyarakat serta akar umbi.



Kelab itu telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Admiralty Medical Centre, semalam.



Encik Ong berkata sukarelawan masyarakat, seperti ahli ICS, memainkan peranan ketika negara bergerak ke arah penjagaan secara pencegahan di bawah strategi Healthier SG, yang bertujuan menggalak rakyat Singapura menguruskan kesejahteraan mereka sendiri.



"Sistem penjagaan kesihatan kini membuka pintunya. Semua orang mesti menjaga kesihatan sendiri, tetapi sistem itu akan dibangunkan untuk menyokong kami," katanya.



Sehingga kini 50 belia telah mendaftar untuk mengambil bahagian, dengan 17 daripada mereka menjadi ahli jawatankuasa eksekutif yang pertama.



Presiden ICS, Anson Koh, 19 tahun, berkata anggota kelab itu kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan maktab rendah, tetapi kelab itu juga merancang untuk mengambil pelajar politeknik sebagai anggotanya.



Melalui rundingan dengan Yishun Health, ICS akan mencadangkan dan melaksanakan program masyarakat baru dengan fokus pada empat bidang utama.



Ini termasuk kesihatan metabolik, kesihatan mental, kesihatan sosial dan kesihatan persekitaran.



Untuk memulakan inisiatif itu dan dengan bantuan Yishun Health, ahli ICS telah mendekati masyarakat menerusi pelbagai aktiviti di Sembawang seperti berinteraksi dengan penduduk di pusat kesihatan masyarakat, perkhidmatan bantuan rumah ke rumah serta kegiatan berkebun secara masyarakat.



Ketua Pegawai Eksekutif Yishun Health, Profesor Chua Hong Choon, berkata beliau percaya belia boleh memberikan perspektif, tenaga dan hubungan unik kepada usaha jangkauan kesihatan masyarakat.



"Dengan kerjasama ICS dan GRO Sembawang, kami berharap dapat membimbing dan bekerjasama dengan golongan belia untuk membina kerjasama dan persahabatan yang sedia ada, selain mengukuhkan sokongan rangkaian masyarakat kami demi mengekalkan kesihatan yang baik buat penduduk di kawasan utara," katanya.



Presiden RCS, Encik Louis Lim, pula berkata beliau berbesar hati melihat golongan belia berminat menyumbang kepada usaha kesihatan masyarakat bagi membina masyarakat berdaya tahan dan sihat.



"Hasrat saya pada masa hadapan ialah kami dapat meluaskan inisiatif ini di luar Sembawang kepada seluruh Singapura," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >