Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KelasMateMatika diperluas ke lima lagi CC

KMM
Mar 24, 2019 | 05:30 AM



LIMA lagi kelab masyarakat akan menawarkan program KelasMateMatika (KMM) tahun ini berikutan sambutan baik yang diterima daripada program KMM yang diadakan sebelum ini di Kelab Masyarakat (CC) Nee Soon, Marsiling dan Pasir Ris.



KMM@CC telah diperluas ke kelab masyarakat Keat Hong, Chua Chu Kang, Admiralty, Woodlands dan Boon Lay.



Lebih 100 peserta yang terdiri daripada pasangan ibu bapa dan anak-anak mereka telah mengambil bahagian dalam KMM di Keat Hong dan Chua Chu Kang, dan disertai Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara) yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Keat Hong, Encik Zaqy Mohamad, semalam.



Ditemui Berita Minggu (BM) di CC Keat Hong, Encik Zaqy berkata beliau menganggap peluasan program tersebut kepada lebih banyak kelab masyarakat merupakan kemajuan yang menggalakkan.



"Bagi saya ini merupakan suatu perkembangan yang baik di mana kita mendapat rangsangan baik daripada ibu bapa," kata Encik Zaqy, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang.



Sekitar 35 keluarga telah mengambil bahagian dalam KMM@CC Keat Hong dan Chua Chu Kang kali ini.



Bagi sesi KMM@CC Keat Hong yang akan diadakan pada Ogos ini, senarai menunggu sudah pun mencecah 80 orang, tambah Encik Zaqy.



Program KMM@CC merupakan inisiatif gabungan Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) yang membentuk rangkaian M kuasa tiga (M³) dan adalah berdasarkan Program Tiga M (singkatan bagi Maju Minda Matematika) Mendaki.



Menurut Encik Zaqy, hampir 80 peratus kanak-kanak yang menjalani kelas tersebut tidak perlu mengambil subjek asas Matematik di sekolah rendah.



Program pendidikan selama 10 minggu itu bertujuan membangunkan kemahiran pengiraan asas kanak-kanak prasekolah, meningkatkan kemahiran bimbingan ibu bapa dan memberi peluang menjalinkan ikatan kekeluargaan.



"Saya harap dengan peluasan program ini, kita dapat melihat prestasi anak-anak kita di sekolah rendah akan menjadi lebih baik lagi," ujar beliau.



Sementara itu, Cik Maizatul Akmam Mayer, 38 tahun, yang menghadiri KMM@CC Keat Hong bersama anaknya, Irdina Aisyah Hazley, empat tahun, memuji program tersebut.



"Kami diajar bagaimana kita boleh gunakan benda-benda yang ada di rumah, misalnya buah-buahan dan tingkap untuk mengajar kira-kira atau bentuk.



"Kelas ini memang berguna. Anak saya pun suka menghadirinya. Lepas kelas dia akan beritahu saya apa yang dipelajarinya dan kita akan ulang kaji bersama,'' kata Cik Maizatul.




"Saya harap dengan peluasan program ini, kita dapat melihat prestasi anak-anak kita di sekolah rendah akan menjadi lebih baik lagi."
-- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >