Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN KESIHATAN

Kelompok jagaan kesihatan akan terima peruntukan tetap

Bergantung kepada penduduk dalam kawasan; tingkat tumpuan cegah penyakit
Mar 10, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus membiayai sistem jagaan kesihatannya melalui model 'capitation' atau model di mana setiap kelompok jagaan kesihatan menerima peruntukkan yang telah ditetapkan lebih awal bagi setiap penduduk yang tinggal di kawasan di mana mereka hulurkan khidmat.



Ini sedang Singapura menjalani pembaharuan jagaan kesihatan utama yang memberi tumpuan kepada jagaan pencegahan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya.



Belanjawan mutlak bagi setiap kelompok jagaan kesihatan tidak akan terjejas di bawah model pembiayaan baru dan sebaliknya akan meningkat sedikit, kata Encik Ong.



"Apa yang akan berubah ialah cara asas mengira belanjawan itu," katanya.



Namun dengan perubahan asas pendanaan itu, terdapat insentif secara semula jadi untuk pihak hospital agar cuba memastikan penduduk kekal sihat melalui jagaan bersifat pencegahan.



Prestasi kelompok jagaan kesihatan akan dinilai berdasarkan pelbagai hasil, seperti berapa kerap berlakunya penyakit kronik dan penjimatan rawatan.



Langkah tersebut merupakan antara siri langkah untuk memastikan kos jagaan kesihatan daripada terus meningkat dan pada masa yang sama, memenuhi keperluan penduduk yang semakin menua.



Buat masa ini, Singapura membiayai kelompok jagaan kesihatan sebahagian besarnya melalui tugasan kerja seperti jumlah rawatan dan pembedahan yang dilakukan.



Tetapi, sedang pemerintah beralih untuk menumpukan kepada jagaan bersifat pencegahan bagi mengurangkan kos jagaan kesihatan, struktur sokongan sistem jagaan kesihatan termasuk pembiayaan juga, akan berubah.



Ini bagi menyokong strategi Healthier SG baru, yang memberi tumpuan kepada lebih banyak jagaan asas dan masyarakat serta kurang kepada pakar bedah dan pakar di hospital.



Di samping itu, Encik Ong berkata Kementerian Kesihatan (MOH) akan membangunkan Rekod Kesihatan Elektronik Nasional (NEHR) yang akan menyelaraskan maklumat dan membenarkan akses kepada data pesakit oleh pasukan penjaga mereka merentasi pusat rawatan berbeza-beza.



Perkongsian data pesakit itu akan membantu doktor keluarga pesakit, menjejaki keadaan dan trend kesihatan pesakit dengan lebih baik.



"Kami mahu mewujudkan senario di mana tidak kira di mana anda menerima jagaan misalnya, di doktor keluarga atau klinik gigi, poliklinik, hospital, klinik pakar, rumah jagaan atau pusat jagaan warga tua, data yang sama dapat diperolehi untuk menyokong jagaan anda," kata Encik Ong.



Namun, beliau menambah adalah penting untuk memastikan perkongsian data sedemikian adalah selamat dan pengguna akan lebih bertanggungjawab untuk mengakses data.



Justeru, satu perundangan baru diperlukan dan ini akan dibentangkan dalam Rang Undang-Undang Maklumat Kesihatan dalam masa beberapa tahun akan datang.



Encik Ong juga berkata satu perbahasan lebih terperinci mengenai Healthier SG akan dijalankan di Parlimen lewat tahun ini apabila pemerintah membentangkan Kertas Putih kelak.



"Saya memohon sokongan para anggota untuk menjadikan penduduk Singapura lebih sihat melalui Healthier SG," tambahnya.




PERUBAHAN DALAM SEKTOR KESIHATAN



  • Satu poliklinik baru ditubuhkan di Taman Jurong menjelang 2028

  • Rekod Kesihatan Elektronik Nasional akan dibangun untuk selaras dan permudah akses kepada data pesakit

  • Bagi mengesan demensia lebih awal, Project Pensieve, inisiatif yang dirangsang teknologi, dilancarkan

  • Kelompok jagaan kesihatan Singapura akan terima jumlah wang yang tetap bagi setiap individu yang tinggal di kawasan yang mereka kendali

  • Jagaan bersifat pencegahan akan dilaksana bagi kurangi kos jagaan kesihatan

  • Lebih banyak sokongan kepada kesejahteraan mental wanita semasa dan selepas hamil

  • MOH akan bekerjasama dengan pemimpin dan rakan kongsi masyarakat Melayu dan India bagi galak gaya hidup lebih sihat dalam kalangan kumpulan minoriti etnik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >