Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga akan dibantu capai kestabilan, milik rumah sendiri: Faishal

Feb 07, 2023 | 09:06 PM



SEDANG pemerintah kekal komited menyediakan perumahan awam yang dimampui dan mudah diakses kepada warga Singapura, ia menyedari bahawa sesetengah keluarga mungkin belum bersedia untuk memiliki rumah sendiri kerana perlu meningkatkan tahap kewangan mereka.


Bercakap dalam perbahasan usul rumah mampu milik dan mudah diakses semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengetengahkan beberapa usaha sedia ada pemerintah.


Ini termasuk menambah baik rumah sewa, membantu keluarga mencapai kestabilan dan memiliki rumah dengan bantuan Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah (HST) dan membantu keluarga kali kedua yang mempunyai anak memiliki rumah semula dengan Skim Perumahan Permulaan Baru.


“Kami akur sesetengah keluarga mungkin belum bersedia memiliki rumah sendiri kerana mereka perlu meningkatkan tahap kewangan mereka.


“Untuk memastikan keluarga sedemikian dan anak-anak mereka mempunyai rumah yang lebih stabil... kami menyediakan perumahan sewa awam bersubsidi tinggi, sebagai jaringan keselamatan sosial,” kata Dr Faishal.


Menyentuh penambahbaikan yang telah dilakukan di flat-flat sewa, beliau berkata saban tahun pemerintah telah memperbaiki reka bentuk blok sewa baru agar lebih terang dan mempunyai pengudaraan lebih baik.


“Pada masa depan, kami akan membina blok sewa di projek sama seperti blok yang dijual, dan jika boleh, dalam blok yang sama.


“Melakukan demikian membantu memastikan estet-estet HDB kekal inklusif,” ujar Dr Faishal.


Dengan adanya HST pula, keluarga yang lebih stabil dapat diberikan bimbingan peribadi untuk mengatur kewangan mereka dan memahami geran dan skim perumahan yang ada supaya mereka dapat memiliki rumah mereka sendiri.


Sejak ditubuhkan pada hujung 2019, HST telah mendekati sekitar 1,400 isi rumah sewa.


Bagi keluarga yang terpaksa berpindah ke rumah sewa awam setelah kehilangan rumah sendiri akibat masalah kewangan, Dr Faishal berkata Skim Perumahan Permulaan Baru telah diperkenal untuk membantu mereka.


“Kami baru sahaja mempertingkat skim ini tahun lalu dengan meningkatkan jumlah geran daripada $35,000 kepada $50,000. 


“Bermula daripada latihan Bina Ikut Tempahan (BTO) Februari 2023, keluarga-keluarga ini juga boleh membeli flat tiga bilik dengan pajakan yang lebih singkat,” kata beliau.


Menurutnya, sepanjang sedekad lalu, 7,800 isi rumah sewa telah meraih manfaat daripada skim dan geran perumahan HDB dan berpindah ke rumah mereka sendiri.


Lagi 2,300 isi rumah sewa telah menempah flat yang telah dijual dan sedang menanti kunci mereka.


“Kami sangat terdorong oleh ini kerana ia menunjukkan bahawa pemilikan rumah dapat dicapai keluarga-keluarga di rumah sewa, dengan kerja keras dan komitmen mereka bersama sokongan padu daripada pemerintah dan masyarakat,” ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >