Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga besar boleh mohon flat sewa lebih besar

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA besar yang mempunyai anak yang memerlukan flat sewa lebih besar boleh memohon kepada HDB bagi flat tersebut.



Namun, flat hanya boleh ditawarkan kepada segelintir pemohon berdasarkan keadaan keluarga, kerana bilangan flat yang ada adalah terhad, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Menurut beliau, Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial (MSF) menerusi ComLink untuk membantu keluarga sedemikian mendapatkan flat sewa lebih tiga bilik.



Beliau juga berkata keluarga dengan tiga atau lebih anggota yang tinggal dalam flat sewa sebilik boleh memohon kepada HDB untuk berpindah ke flat sewa dua bilik.



Keluarga lebih besar yang mempunyai anak-anak atau datuk dan nenek hidup serumah boleh memohon bagi flat kedua.



"HDB akan menawarkan kepada mereka flat sewa kedua, dan di blok yang sama jika ini boleh dilakukan," ujar Dr Faishal.



"Pada masa yang sama, semua keluarga dengan anak yang tinggal di flat sewa awam akan menerima sokongan holistik menerusi ComLink untuk membantukan mereka mencapai kestabilan, berdikari dan mobiliti sosial," kata Dr Faishal.



Dr Faishal berkata demikian semasa menjawab pertanyaan daripada Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten SMC) dan Chong Kee Hiong (Bishan-Toa Payoh GRC) mengenai keluarga besar yang tinggal di flat sewa awam, semasa perbahasan Belanjawan MND semalam.



Menambah, Dr Faishal berkata memiliki rumah sendiri adalah perkara yang boleh dicapai oleh keluarga yang tinggal di flat sewa pada masa ini.



"Saya ingin menggalakkan semua keluarga yang tinggal di flat sewa dan memberitahu mereka memiliki rumah sendiri satu perkara yang boleh dilakukan, dengan usaha sendiri dan sokongan masyarakat dan pemerintah," kata Dr Faishal.



"Banyak keluarga yang sebelum tinggal di flat sewa kini memiliki rumah sendiri."



Dalam tempoh lima tahun yang lalu, sekitar 4,600 isi rumah yang tinggal di flat sewa telah berpindah ke flat sendiri.



Lagi 2,000 pula sedang menanti flat mereka siap, kata Dr Faishal.



Dalam pada itu, Dr Faishal juga memberi kemas kini mengenai bekalan flat sewa di sini.



Menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Encik Louis Chua (Sengkang GRC), beliau berkata bekalan flat sewa yang ada mencukupi bagi golongan yang memerlukannya.



Namun pemerintah akan terus membina sejumlah kecil flat sewa baru untuk menggantikan flat berusia lebih tua yang dibangunkan semula dan selanjutnya memperbaharui stok flat sewa.



Flat-flat sewa ini akan disepadukan dengan flat-flat baru yang lain, kata Dr Faishal, supaya bersifat inklusif, di mana semua warga Singapura, dari pelbagai latar belakang boleh hidup bersama dan berkongsi ruang awam.



"Kami telah menjual flat menerusi projek BTO (Bina-Ikut-Tempahan) yang sama termasuk di kawasan utama, jika sesuai," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >