Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga ceria sambut Krismas bersama

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



HARI Krismas tahun ini merupakan sambutan yang paling meriah bagi pasangan warga tua Encik Robert Patrick Larence, 74 tahun, dan isterinya Cik Josephine Anthony, 71 tahun.



Pasangan itu, yang mempunyai dua anak lelaki, tinggal berdua-duaan dan telah diberikan hadiah Krismas awal baru-baru ini, apabila mereka menerima khidmat ubah suai percuma buat julung-julung kalinya sejak mendiami flat dua bilik mereka di Yishun.



Setelah sekitar 12 tahun, flat mereka kini telah dikemas, dicat dan dihiasi perabot baru yang menambah kepada suasana meriah, kesemuanya dengan sumbangan tenaga relawan dari Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah).



Hari ini, mereka menjangka meluangkan masa bersama-sama keluarga dan menanti kunjungan kededua anak lelaki mereka dan jiran.



Ditemui di flat mereka kelmarin, Cik Josephine, yang bekerja sebagai penolong kakitangan di sebuah tadika berkata:



"Tahun ini, dengan suasana yang lebih lapang, bersih dan meriah, saya amat gembira untuk merayakan Hari Natal bersama keluarga tersayang."



Menurut Cik Josephine, sebelum ini, perabot-perabot di rumahnya semua bersaiz besar, memandangkan mereka telah berpindah daripada unit lima bilik.



"Rasa sayang untuk melepaskan perabot yang masih dalam keadaan baik. Justeru sebelum itu, rumah ini sempit dan tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak," ujar beliau yang kedua-dua suami isteri menghidapi pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.



Demi menjaga kesihatan, Cik Josephine dan keluarga yang beragama Katolik, akan hidangkan masakan yang lebih sihat dengan sukatan garam dan gula yang berkurangan.



"Tetapi semasa musim perayaan, pencuci mulut dibolehkan dengan sekatan sewajarnya," kata beliau berseloroh.



Sementara itu, Encik Jedd Ng, 39 tahun, yang akur suka melayan tetamu, bercadang meneruskan tradisi keluarganya memasak untuk orang tersayangnya.



Jumaat lalu, beliau telah menjemput rakan-rakan terdekatnya ke rumah untuk menjamu selera.



Encik Ng, yang bekerja sebagai penganalisis sistem kanan, berkata musim perayaan ini adalah peluang bagi dirinya mengucapkan terima kasih kepada orang-orang di sekelilingnya.



"Dalam kehidupan yang berlalu serba pantas ini, kadangkalanya sukar mencari masa untuk memasak.



"Apabila saya diberi peluang memasak, saya rasa gembira.



"Ini kerana saya dapat membuat orang tersayang senyum dengan makanan yang lazat," katanya.



Berkongsi 'menu' perayaannya dengan Berita Minggu (BM), Encik Ng berkata beliau biasanya menyediakan beraneka hidangan khas, termasuk daging bakar dan sayur panggang.



Bagi Cik Teo Shien Min pula, Hari Krismas adalah peluang bagi beliau meraikan saat penting dalam agama Kristian dan merenung semula pengalaman sepanjang tahun lalu bersama orang yang dekat dengannya.



Justeru, kelmarin, beliau telah mengundang beberapa rakan daripada gerejanya untuk menjamu selera bersama.



Kata Cik Teo, perayaan ini adalah penting supaya dapat melahirkan kesyukuran kerana beliau telah banyak menerima, terutamanya semasa tempoh pandemik ini.



"Keadaan wabak di Singapura mungkin sudah pulih tetapi ramai yang masih bergelut untuk bertahan. Apabila dapat berkumpul bersama rakan-rakan saya, kita dapat pelajari dari antara satu sama lain dan merenung tentang kepayahan dan kebaikan yang dialami tahun ini.



"Dengan perkongsian ini, kita bersama-sama dapat membangkitkan semangat yang baru untuk mengharungi cabaran atau mencuba sesuatu yang baru dalam masa akan datang," jelas Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >