SEORANG kanak-kanak lelaki, yang menghidap sejenis barah tumbuhan di otak yang jarang berlaku dan telah mendapatkan rawatan khusus di Amerika Syarikat, tahun lalu meninggal dunia sekitar sebulan selepas pulang ke tanah air.
Allahyarham Mohamad Aryan Haqim Mohamad Nazri, yang didiagnos barah Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) Januari tahun lalu dan sudah berada di peringkat hujung barah tersebut sebelum berangkat ke Amerika, meninggal dunia pada pagi Jumaat, 12 November lalu.
Bagi mengingati arwah anak bongsu mereka itu, keluarganya akan menganjurkan sebuah acara berjalan kaki pada 29 Januari ini untuk mengumpul dana bagi pertubuhan bantuan mangsa dan keluarga pesakit barah serta meningkat kesedaran terhadap barah di sini.