Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga mangsa bayi terkorban dalam tragedi di Jewel lantik peguam Singapura

Aug 27, 2019 | 09:05 AM



KELUARGA  bayi berusia 18 bulan, yang terkorban akibat cermin terjatuh di atasnya di sebuah kedai fesyen di Jewel, Lapangan Terbang Changi telah mendapatkan seorang peguam untuk mengendalikan kes ini di Singapura walaupun keluarga itu sudah pulang ke China, lapor The Straits Times (ST).



Mereka pulang ke tanah air mereka pada hari Isnin (26 Ogos) petang, sehari selepas bayi mereka disemadikan.

 

Menurut Lianhe Wanbao, tragedi tersebut berlaku pada Jumaat lalu, di kedai Urban Revivo kira-kira tiga jam sebelum keberangkatan keluarga China itu ke Xiamen, yang sudah dijadualkan pada pukul 3 petang.



Anak kecil yang dikenali sebagai Lai Jiaxin, dilaporkan bersama keluarganya dan beberapa saudara mara apabila kejadian itu berlaku.





Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sampai ke tapak kejadian itu pada 12.33 tengah hari.



Polis berkata bayi itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Besar Changi, dan dia kemudiannya meninggal dunia.



Setelah diperiksa ST pada hari Isnin, kedai Urban Revivo itu masih dikepong, namun, mereka mendapati bahawa kedai itu sudah mengeluarkan semua cermin berdiri dalam kedai itu.



Urban Revivo Jewel Changi Airport still closed due to tragedy involving toddler



Gambar dan video sebelum ini menunjukkan cermin bujur dan panjang yang berdiri dengan bebas serta dirangka oleh bingkai di belakang.



Cermin tersebut adalah jenis cermin yang dipercayai telah menimpa bayi berusia 6 bulan itu yang dikremasi pada hari Ahad (25 Ogos) di Mandai Crematorium.



Menurut Lianhe Wanbao, beberapa kanak-kanak telah mengetuk cermin ketika bermain di kedai Urban Revivo.

Cermin yang diletakkan di hadapan bayi itu dilaporkan tertimpa padanya.



Siasatan masih berterusan



Peguam Rajan Supramaniam, yang tidak mewakili keluarga bayi itu berkata, siasatan polis akan mendedahkan segala bukti yang menyebabkan kejadian itu sama ada ini suatu kemalangan atau suatu kecuaian jenayah, serta membantu menentukan jika ada pihak yang bersalah.



Jika mana-mana pihak memutuskan untuk meneruskan kes sivil, mahkamah akan menentukan liabiliti dan ganti ruginya, beliau menambah.



Urban Revivo adalah kedai pakaian fesyen Cina yang ditubuhkan pada tahun 2006 yang mempunyai 200 cawangan di China dan di seluruh dunia, termasuk Eropah, Amerika Utara dan Jepun.



Ia mempunyai tiga cawangan di Singapura - di Jewel, Lapangan Terbang Changi, Plaza Singapura dan Raffles City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >