Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemahiran dwibahasa perkayakan budaya, identiti warga SG: Chun Sing

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pendidikan, Encik Encik Chan Chun Sing, berkata keupayaan dwibahasa sebagai sesuatu kemahiran yang akan memperkayakan budaya dan identiti kita sebagai orang Singapura.



Faedah berkebolehan dwibahasa juga terserlah bagi kanak-kanak dengan kajian menunjukkan mereka mempunyai fungsi eksekutif dan kemahiran kognitif yang lebih baik daripada kanak-kanak ekabahasa.



"Berdwibahasa awal dalam kalangan kanak-kanak juga membantu mengembangkan kemahiran sosial mereka.



"Namun begitu, mempelajari dwibahasa bukanlah perkara yang mudah - malah ianya mencabar bagi kebanyakan orang untuk menguasai dua bahasa," jelas Encik Chan lagi.



Beliau berkata demikian semasa acara mengiktiraf guru prasekolah di Simposium Bahasa Ibunda (MTL) ke-11 di Politeknik Republik semalam.



Seramai 14 guru-guru menerima anugerah 'Guru Bahasa Ibunda Cemerlang' melalui pemilihan dan pemerhatian yang teliti oleh ahli panel yang bertanggungjawab.



Sejajar dengan tema simposium tahun ini, Taman Teroka Yang Menyeronokkan, acara ini memberi tumpuan bagaimana pendidik, ibu bapa dan pemimpin masyarakat boleh bekerjasama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, bertenaga dan memupuk minat kanak-kanak dalam bahasa ibunda di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.



Di simposium itu, tiga guru bahasa Melayu peringkat prasekolah menerima Anugerah Cemerlang ialah Cik Siti Hasniza Hassan (PCF Sparketots @Tampines West Blok 887), Cik Hazizah Ibrahim (PCF Sparkletots @ Punggol Coast Blok 676B) dan Cik Norliza Hasan (PCF Sparkletots @ Radin Mas Blok 70A).



Manakala Cik Nur'Ain Ismail (PCF Sparkletots @ Paya Lebar Blok 125) dan Cik Annisa Mohammad Amin (My First Skool, 197D Boon Lay Drive) menerima pingat Merit.



Dalam perbincangan panel secara langsung, Encik Chan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam; Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair, telah berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang kepentingan mengenal bahasa ibunda.



Dr Maliki berkata ibu bapa harus memikirkan cara kreatif memikat perhatian dan minat kanak-kanak.



"Kita mesti fikirkan kepelbagaian cara kreatif untuk mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak kita. Pendedahan sangat penting, dan harus bermula dari umur mereka kecil lagi."



Mengakhiri perbincangan itu, Dr Maliki mengiktiraf pencapaian penerima pingat cemerlang.



"Anda sememangnya contoh teladan kerana anda adalah guru formal pertama yang anak-anak kita didedahkan apabila mereka memulakan prasekolah, selain ibu bapa mereka."



Aktiviti dalam talian juga telah disajikan untuk kanak-kanak, pendidik dan ibu bapa mengambil bahagian seperti carian perkataan, membuat video, aktiviti permainan dan lain-lain lagi.



Lelaman MTL yang tersedia untuk penggunaan awam sehingga April 2023 ini akan memaparkan lebih 40 pameran dalam talian dan hampir 30 sesi perkongsian untuk pertingkatkan penggunaan bahasa ibunda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >