Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan di limbungan Tuas: Mayat pekerja jatuh ke dalam laut ditemui

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



MAYAT seorang pekerja Bangladesh yang terjatuh ke dalam laut selepas sebahagian dermaga konkrit runtuh di limbungan Tuas telah ditemui pagi semalam.



Keppel Shipyard berkata demikian dalam satu kenyataan dan menyatakan ia sedang memberi bantuan kepada keluarga pekerja berusia 38 tahun itu.



Keppel Shipyard juga menambah bahawa ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk menjalankan semakan dan siasatan menyeluruh.



"Keppel Shipyard menghargai keselamatan dan kehidupan setiap pekerja, dan kami amat menyesali kejadian tragik ini," tambah jurucakap itu.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pegawainya berada di tempat kejadian itu untuk mengambil mayat yang terapung di dalam air berhampiran tapak kejadian.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata ketika kemalangan itu berlaku pada 10.40 pagi Isnin lalu, pekerja itu, yang bekerja untuk syarikat Kumarann Marine, berada di dermaga di mana kren itu tumbang.



Beliau kemudiannya dilaporkan hilang dan jurucakap SCDF pada malam kelmarin berkata gerakan mencari mangsa itu telah diberhentikan.



MOM sedang menyiasat punca kemalangan di 51 Pioneer Sector 1 dan telah menghentikan semua kerja di dermaga itu.



Menurut MOM, dua lagi pekerja Bangladesh berusia 29 tahun dan 31 tahun, seorang warga China berusia 48 tahun, dan seorang pekerja warga Singapura berusia 40 tahun, cedera ringan dan berada dalam keadaan stabil.



SCDF berkata ia telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira tengah hari Isnin lalu.



Warga Singapura dan warga Bangladesh berusia 31 tahun itu telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa warga China itu dan seorang lagi pekerja Bangladesh yang cedera telah dirawat di Hospital Besar Ng Teng Fong tetapi tidak menjelaskan siapa yang membawa mereka ke sana.



Gambar kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kren itu digunakan bersebelahan dengan sebuah kapal besar yang berlabuh di limbungan kapal tersebut.



Dalam gambar itu, bahagian bawah kren itu kelihatan bengkok, menyebabkan bahagian lain kren itu terjatuh ke arah kapal yang berlabuh.



Ini adalah kemalangan tempat kerja kedua yang berlaku di limbungan Keppel di Tuas tahun ini dan yang kedua melibatkan keruntuhan struktur besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >