Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan di Phuket: Wanita dalam keadaan stabil di ICU NUH

Jan 11, 2020 | 08:50 PM



WANITA Singapura yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Phuket, Thailand, berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat dalam Unit Jagaan Rapi (ICU) di Universiti Hospital Nasional (NUH).

Cik Elyna Azman, 28 tahun, mengalami pendarahan otak dan bengkak di paru-parunya setelah motosikal yang ditunggang tunangnya dilanggar van.

Beliau merupakan pembonceng motosikal tersebut.

Dihubungi Berita Harian (BH), adik mangsa, Cik Elydia Azman, berkata:

"Dia (Cik Elyna) berada dalam keadaan stabil dan doktor berkata tiada keperluan untuk pembedahan otak, jadi kami masih memerhatikannya," katanya.

Beliau menambah bahawa kakaknya itu memakai topi keledar namun dek impak kuat pelanggaran itu, pendarahan berlaku dalam otaknya.

Cik Elydia membuat rayuan derma pada 10 Januari lalu untuk membawa Cik Elyna pulang ke Singapura dari Phuket.

"Kami masih mahu meneruskan pungutan derma itu kerana kakak saya tak ada sebarang insurans dan perbelanjaan medikal semestinya akan tinggi," ujar beliau.

Cik Elyna yang merupakan seorang guru tadika telah bercuti di Thailand dengan tunangnya dan mereka telah merancang berkahwin pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >