Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan maut dek tumour hati pemandu teksi pecah

Sep 20, 2019 | 06:24 PM



SEORANG pemandu teksi telah menyebabkan kemalangan yang mengakibatkan seorang penumpang maut selepas tumour di hati pemandu berkenaan pecah semasa beliau sedang membawa penumpang di sekitar Queensway pada Mac lalu. 



Encik How Yuen Fah, 77 tahun tidak sedar bahawa beliau mempunyai pertumbuhan di bahagian hatinya, malangnya pertumbuhan itu pecah ketika beliau sedang dalam perjalanan bersama penumpangnya, Cik Tng Yew Huay, yang meninggal dunia beberapa jam selepas kemalangan itu.



Menurut Koroner Negara, Cik Kamala Ponnampalam, “doktor yang merawati Encik How menerangkan bahawa apabila tumbuhan itu pecah, beliau mengalami pendarahan yang dahsyat hingga aliran darah kepada otaknya terhenti.”



Cik Kamala menambah bahawa Encik How tidak terasa sakit pada awal hari kemalangan itu, namun apabila beliau sedang memandu teksinya bersama dengan penumpangnya, Cik Tng, 66 tahun, di Commonwealth Avenue West, beliau rasa pedih di bahagian perut serta mengalami peluh sejuk dan gangguan visi. Tiba-tiba, Encik How tidak sedarkan diri dan hilang kawalan keretanya di sebuah persimpangan di Queensway dan melanggar tiga pejalan kaki.



Penumpang teksi itu, Cik Tng dibawa ke Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH) di mana beliau meninggal dunia beberapa jam selepas kemalangan itu pada 9.20 malam. Kematian Cik Tng akibat cedera parah di bahagian kepalanya. Tiga orang yang terlibat dalam kemalangan itu pula, terselamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >