Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan maut motosikal naik pada suku pertama 2023

May 07, 2023 | 05:30 AM



ANGKA kematian bagi penunggang dan pembonceng motosikal meningkat hampir seganda pada suku pertama 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022 dan 2021, apabila 12 dan 13 kematian dicatat.



Menurut polis, dari Januari hingga Mac 2023, terdapat 21 kematian lapor The Straits Times.



Pakar keselamatan motosikal dan jalan raya berkata jumlah sebegini tidak pernah dilaporkan sebelum ini, memandangkan perangkaan kematian di jalan raya yang stabil dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, Encik Bernard Tay, berkata:



"Angka itu membimbangkan tetapi ia perlu dianalisa lebih lanjut demi memahami jumlahnya dengan lebih baik."



Beliau menambah bahawa angka itu "sangat luar biasa bagi tempoh suku tahun".



Puncanya, kata polis, adalah penunggang motosikal gagal mengawal kenderaan mereka dengan betul, tidak menjaga keselamatan dan tidak mematuhi lampu isyarat lantas menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.



Tidak diketahui sama ada majoriti kematian membabitkan penunggang motosikal warga Singapura atau warga asing.



Jumlah penunggang motosikal di Singapura kelihatan stabil - seramai 142,229 pada 2021, 143,092 pada 2022 dan 142,415 pada Mac 2023.



Perangkaan tahunan polis yang dikeluarkan pada Februari menunjukkan bahawa pada 2022, penunggang dan pembonceng motosikal terlibat dalam 3,854 kemalangan jalan raya.



Mereka membentuk kira-kira 56.1 peratus daripada semua kemalangan tersebut - meningkat daripada 3,464 kes pada 2021.



Lebih ramai daripada mereka turut cedera - 4,165 orang pada 2022 berbanding 3,693 orang pada 2021.



Seramai 47 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia pada 2022, kurang tiga orang berbanding 2021.



Beberapa kemalangan yang membawa maut telah dilaporkan pada 2023.



Pada 20 Februari, sepasang suami isteri yang baru berkahwin berada di Ekspreswe Tampines (TPE), menuju ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), apabila motosikal mereka bertembung dengan sebuah bas mini.



Isteri yang membonceng motosikal itu meninggal dunia, manakala suaminya cedera parah.



Pemandu bas mini itu ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.



Seorang lagi penunggang motosikal dalam kemalangan itu tidak cedera.



Pada 5 Mac lalu pula, seorang penunggang penghantar makanan maut selepas motosikalnya bertembung dengan dua kereta lain di simpang Hougang Avenue 8 dan Hougang Avenue 4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >