Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG DAN ANDA

Kemalangan: Pastikan anda punyai perlindungan mencukupi

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



TERLIBAT dalam kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang cuba dihindari oleh kesemua pengguna jalan raya.



Seboleh mungkin, setiap pengguna jalan raya mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan.



Dari tahun 2019 hingga 2020, statistik Pasukan Polis Singapura melaporkan peningkatan jumlah kemalangan yang berkaitan dengan memandu laju dan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.



Apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kesalahan trafik seperti ini, ia pasti akan melibatkan tuntutan insurans dan perlindungan bagi pemandu dan juga mangsa.



Di Singapura, adalah wajib bagi semua pemandu kenderaan bermotor untuk memiliki polisi insurans risiko pihak ketiga yang sah di bawah Akta Kenderaan Bermotor (Risiko dan Pampasan Pihak Ketiga).



Selain dari itu, menjadi satu kebiasaan bagi pemandu untuk membeli insurans tambahan untuk melindungi diri dan kenderaan mereka terhadap kerugian yang mungkin timbul akibat kemalangan.



Biasanya, syarat dan jaminan polisi insurans berbeza bergantung kepada polisi perlindungan dan premium pemegang polisi.



Bagaimanapun, secara amnya, penolakan keadaan dan/atau waranti boleh mengakibatkan syarikat insurans melepaskan liabiliti.



Alasan penolakan termasuk keadaan di mana pemegang polisi memandu di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku atau di mana pemegang polisi gagal memfailkan laporan kemalangan tepat pada waktunya.



Setelah ditolak, pengambil insurans mungkin kehilangan perlindungan di bawah polisi.



Contohnya, jika pihak ketiga dilanggar oleh pemandu dan pemandu didapati minum minuman keras ketika memandu - pihak ketiga mungkin tidak dapat membuat tuntutan terhadap syarikat insurans terutamanya atas kerosakan harta benda/kenderaannya.



Ini kerana memandu dalam keadaan mabuk biasanya merupakan pelanggaran dalam waranti di bawah kebanyakan polisi insurans. Dengan itu, memberi hak kepada syarikat insurans untuk menolak liabiliti.



Untuk kecederaan atau kematian akibat kemalangan, syarikat insurans pemandu terlebih dahulu perlu membayar mangsa di bawah Akta Kenderaan Bermotor (Risiko Pihak Ketiga dan Pampasan).



Selepas itu, syarikat insurans akan mendapatkan kembali pembayaran dari pemandu yang juga pengambil insurans.



Bagaimanapun, aturan seperti itu hanya terhad kepada kecederaan atau kematian.



Syarikat insurans tidak akan membayar sebarang kerosakan harta benda/kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan.



Sebaliknya, pihak ketiga harus menggunakan alternatif lain seperti mencapai penyelesaian dengan pemandu.



Di sisi lain, jika tuntutan dibuat terhadap kemalangan bermotor, adalah penting kepada pemandu untuk melaporkan kemalangan itu kepada syarikat insurans secepat mungkin.



Jika telah diingatkan banyak kali tetapi pemandu masih gagal memfailkan laporan itu kepada syarikat insuransnya, syarikat insurans berhak menolak liabiliti.



Namun jika pemandu ingin mencabar tuntutan yang dikemukakan terhadapnya, terdapat kemungkinan akan jalan keluar.



Pemandu boleh bergantung kepada pembelaan seperti momen penderitaan dan penyumbang kecuaian.



Pembelaan momen penderitaan ini berdasarkan penyelidikan yang sangat sensitif terhadap fakta.



Hakim akan menilai fakta-fakta di sekitar kemalangan dan menentukan sama ada pihak yang berhati-hati menghadapi keadaan yang sama seperti defendan yang akan bertindak balas dengan cara yang sama sebagai defendan.



Sekiranya dijawab dalam keadaan positif, pemandu akan dilepaskan liabiliti.



Tidak seperti momen penderitaan, pembelaan terhadap penyumbang kepada kecuaian tidak akan membebaskan liabiliti defendan.



Sebaliknya, jika pembelaan berjaya, ia hanya akan menyebabkan pengurangan jumlah ganti rugi defendan terhadap penuntut.



Untuk pihak pembela berjaya dalam pembelaan kecuaiannya, pemandu perlu membuktikan bahawa pihak yang menuntut (iaitu pihak yang cedera) gagal mengambil langkah yang wajar untuk mengelakkan kemalangan tersebut. Tidak berwaspada dan berhati-hati telah menyebabkan kecederaan dan/atau kemalangan tersebut.



Pihak yang menuntut dianggap sebagai cuai sehingga menimbulkan bahaya kepada dirinya sendiri.



Sebagai contoh, jika penuntut sedang berjalan secara sembarangan dan dilanggar oleh defendan yang sedang memandu laju, maka defendan tidak boleh bertanggungjawab sepenuhnya atas kemalangan tersebut.



Ini kerana penuntut juga cuai kerana dia mungkin tidak akan dilanggar sekiranya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan trafik lalu lintas serta tidak berjalan secara sembarangan.



Sekiranya pembelaan berjaya, kuantum akan dikurangkan.



Dalam kerosakan harta benda, contohnya kereta atau bangunan, pihak menuntut mesti menuntut pihak pemegang insurans secara peribadi. Pemegang insurans pula perlu membayar sendiri.



Dalam penolakan tanggungjawab, jika jumlah yang besar dalam ganti rugi, pihak penuntut mungkin tidak dapat mendapat pampasan penuh sekiranya pemegang insurans tidak memiliki aset. Kes terburuk, ia akan diisytiharkan muflis. Tiada saguhati kerana tuntutan tidak akan mendapat ganti rugi.



Namun seperti yang disebutkan, bagi kecederaan atau kematian syarikat insurans mungkin menolak. Tetapi syarikat insurans masih perlu membayar ganti rugi kepada mangsa atau estet mangsa yang meninggal dunia menurut Akta.



Syarikat insurans pula akan membuat tuntutan kepada pengambil insurans untuk mendapatkan kembali ganti rugi yang telah dibayar.



Oleh itu memandulah dengan cara yang selamat. Anda mungkin kehilangan nyawa dan mungkin juga menyebabkan anda jatuh muflis.



Walaupun ada peraturan dan penguatkuasaan yang ketat untuk memastikan keselamatan di jalan raya, tanggungjawab akhirnya terletak pada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang ini.



Tindakan melulu di jalan raya boleh mengakibatkan tragedi.



  • Penlis seorang peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP. Antara bidang undang-undang yang beliau amalkan adalah unsur Pemindahan Hak, Undang-Undang Komersial dan Litigasi, Undang-Undang Korporat, Wasiat, Probet dan Pentadbiran Estet, Undang-Undang Keluarga, Adopsi dan Syariah, Surat Kuasa Wakil bagi flat HDB dan lain-lain.


ADA PERTANYAAN MENGENAI UNDANG-UNDANG?



Sila kirim e-mel kepada Norhaiza Hashim di norhaiza@sph.com.sg untuk mengajukan soalan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >