Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian lelaki akibat keradangan jantung ‘kemungkinan berkaitan dengan’ suntikan vaksin Covid-19: Koroner

Feb 18, 2023 | 07:21 PM

SEORANG lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun meninggal dunia akibat miokarditis atau keradangan jantung, 21 hari selepas menerima dos pertaia vaksin Covid-19 Moderna/Spikevax pada Jun 2021.


Ini adalah kematian pertama di negara ini berkaitan vaksinasi Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Jumaat (17 Feb).


Pekerja Bangladeshi itu rebah di tempat kerja dan meninggal dunia pada 9 Julai 2021.


Pada Rabu (15 Feb) Koroner Negara memutuskan kematiannya sebagai satu peristiwa perubatan malang dan mendapati ia ‘berkemungkinan berhubung vaksinasi Covid-19’.


Keluarga pekerja itu akan menerima wang yang dibayar sekali berjumla $225,000 di bawah Program bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin yang disediakan oleh MOH.

Ini adalah jumlah tertinggi yang boleh diterima seseorang menerusi program itu.


MOH sedang bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memberikan bantuan kepada keluarga pekerja itu dan dalam permohonan mereka.

Lebih 17 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan di Singapura menerusi Program Vaksinasi Nasional, kata MOH.


Menurut maklumat terkini mengenai keselamatan vaksin yang diberikan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), kemungkinan miokarditis berlaku ada 0.1 bagi setiap 100,000 dos bagi vaksin bivalen; dan 1.1 bagi setiap 100,000 dos bagi vaksin monovalen.

Miokarditis berlaku disebabkan otot jantung yang radang. 

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >