Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Kembali ke sekolah', tingkat kemahiran demi laluan kerjaya lebih baik

Jan 29, 2023 | 05:30 AM



KEJAYAAN seseorang sering dikait rapat dengan pencapaian akademik serta kelayakan pendidikan mereka.



Hakikat ini cukup difahami Cik Nurul Ashikin Seman, yang sebelum ini bekerja sepenuh masa sebagai seorang pekerja penghantaran makanan sejak 2019, dan kini melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada usia 32 tahun.



Bahkan ini menjadi antara sebab beliau, yang mempunyai seorang anak berusia lapan tahun, memutuskan untuk mempertingkatkan kemahirannya.



"Tidak kira apa jua pekerjaan yang saya lakukan, saya sedar bahawa mereka yang mempunyai kelayakan pasti akan mengatasi saya walaupun pengalaman saya mungkin lebih daripada lulusan baru.



"Mereka akan sentiasa memperoleh gaji yang lebih tinggi dan jika saya ingin bersaing dengan mereka sekarang, saya perlu meningkatkan lagi diri saya dan memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk anak saya," kata Cik Ashikin yang pernah bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B), logistik, keselamatan serta hospitaliti sebelum ini.



Beliau baru-baru ini memulakan penggal pertamanya di ITE Kolej Timur mengambil kursus Nitec dalam bidang Kecantikan & Kesejahteraan secara sepenuh masa.



Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong semasa berucap di Persidangan Perspektif Singapura anjuran badan pemikir Institut Pengajian Dasar (IPS), berkongsi tentang perbezaan gaji merentasi pekerjaan, termasuk mengenai jurang gaji permulaan antara lulusan universiti dengan mereka dari ITE dan politeknik serta prospek kerjaya untuk mereka.



Daripada pengalamannya, Cik Ashikin akur bahawa masih terdapat jurang itu dan berharap lebih banyak dapat dilakukan untuk merapatkan jurang tersebut.



"Saya berharap pihak pemerintah dapat memberi rakyat Singapura, seperti diri saya yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga, peluang yang seimbang.



"Dengan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat seperti saya dan lebih banyak pintu peluang untuk terus 'mendaki' dan mempertingkatkan diri, jurang yang wujud dari segi gaji boleh menjadi lebih rapat.



"Saya berharap dasar baru yang diketengahkan tidak memihak kepada graduan universiti atau lulusan ITE/politeknik.



"Saya berharap ia dapat lebih cenderung kepada peluang untuk berkembang berdasarkan kecekapan, kemahiran berkaitan dan kerja keras yang ditunjukkan seseorang," ujarnya.



Kali terakhir beliau menjejakkan kaki ke sekolah sebelum ini adalah sekitar 16 tahun lalu di Sekolah Menengah Yuan Ching.



Kini, meskipun beliau boleh dianggap sebagai pelajar tertua di kalangan rakan-rakannya di sekolah, ini semua tidak menjadi penghalang baginya melanjutkan pelajaran untuk memiliki segulung sijil Nitec.



Berkongsi mengenai keputusannya untuk melanjutkan pelajaran, Cik Ashikin berkata semangat untuk mempertingkatkan dirinya didorong oleh keinginan membina kehidupan yang lebih baik, terutama untuk anaknya serta peluang yang lebih cerah dalam kerjaya di masa hadapan.



"Visi saya untuk pembelajaran sepanjang hayat dan untuk mempertingkatkan tahap pendidikan formal saya merupakan satu panggilan untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam kehidupan yang dipacu ekonomi di Singapura," katanya.



Walaupun kembali ke sekolah pada usia 30-an tahun, Cik Ashikin tidak sedikitpun berasa janggal atau kekok apabila perlu bergaul dengan rakan-rakan sekolah yang jauh lebih muda daripadanya itu.



Bagi mengatasi halangan usia itu di dalam kelas, beliau berkata fokus utamanya adalah untuk memperoleh ilmu seperti pelajar-pelajar lain.



"Saya seorang yang senang bergaul dengan orang lain, tidak kira usia mereka. Malah, berada di sekolah membuatkan saya lupa tentang usia saya... membantu saya fokus sekalipun mempunyai tanggungjawab lain yang perlu saya pikul di rumah.



"Saya juga tidak takut untuk membuat kesilapan kerana menganggap diri saya sebagai seorang murid yang baru belajar," kata Cik Ashikin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >