LANGKAH telah diambil bagi memastikan terdapat kepelbagaian dalam saluran pendapatan Singapura memandangkan keperluan perbelanjaan akan terus meningkat.
Menyatakan demikian, Menteri Kedua (Kewangan), Encik Lawrence Wong, berkata langkah itu harus dilaksanakan walaupun Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) telah meningkat.