SATU kempen kesedaran bagi merubah pemikiran orang ramai terhadap golongan kurang upaya serta menghargai kebolehan golongan ini telah dilancarkan di Enabling Village di 20 Lengkok Bahru semalam.
Kempen bernilai $5 juta dan dikenali sebagai Lihatlah Di Sebalik Kekurangan Saya, Kenalilah Saya Yang Sebenar itu merupakan satu usaha sama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) dan Tote Board.