Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Dadah Itu Haram bakal dikemas kini dan diperluas: Faishal

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



KEMPEN 'Dadah Itu Haram' akan dikemaskini dan diperluaskan untuk melibatkan lebih ramai anggota masyarakat dalam usaha memerangi dadah dan mendidik masyarakat tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini termasuk memperkasakan golongan ibu bapa dan belia untuk sama-sama memainkan peranan mendidik dan memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka supaya tidak terjebak dalam kancah dadah sedang lebih ramai belia di sini ditangkap kerana menyalahguna kanabis, atau ganja, tahun lalu.



Dilancarkan pada April 2017, kempen itu merupakan sebuah daya usaha masyarakat yang menyokong usaha antidadah dalam masyarakat Melayu/Islam.



Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Biro Narkotik Pusat (CNB) bekerjasama dengan nadi masyarakat Melayu/Islam, seperti masjid dan kedai gunting rambut. Misalnya, Dr Faishal menerajui sembilan acara pendekatan di masjid-masjid tahun lalu untuk mendekati jemaah solat Jumaat dan menyebarkan maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.



Ditemui semasa satu sesi pendekatan kempen itu di kawasan Kampung Gelam pada Sabtu, Dr Faishal berkata pihaknya akan memikirkan cara untuk memperluaskan pendekatan mereka di bawah kempen itu.



"Kami akan terus bekerjasama dengan badan-badan tertentu. Yang penting adalah cara kita dapat memperkasakan ibu bapa, rakan-rakan dan belia supaya kita boleh sama-sama peka tentang aspek negatif dadah yang sering kita dapat lihat di media sosial, Internet, dan mengambil sikap berjaga-jaga.



"Apabila mereka lihat (di Internet), mereka mungkin akan tertanya-tanya, mungkin ada rasa ingin tahu. Jadi dengan adanya inisiatif seperti pemerkasaan yang bakal kita bangunkan, kita boleh pertingkatkan kesedaran dalam masyarakat.



"Ini supaya, walaupun kita masih akan mengadakan program dan inisiatif di masjid dan tempat lain, tetapi apa yang kita mahu tonjolkan adalah usaha yang lebih mendalam, supaya ia berikan kesedaran yang positif kepada setiap masyarakat kita di Singapura," kata beliau.



Menurut perangkaan CNB yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bilangan penyalah guna dadah baru yang ditangkap telah turun sebanyak 15 peratus daripada 936 pada 2021 kepada 797 pada 2022. Sekitar separuh daripada mereka berusia bawah 30 tahun.



Bahkan, kesemua kumpulan etnik melihat jumlah penyalah guna dadah baru yang berkurangan. Khususnya bagi masyarakat Melayu, jumlah itu turun daripada 366 pada 2021 kepada 289 pada 2022.



Dr Faishal berkata ini adalah satu perkembangan yang positif, sambil menambah lebih ramai anak-anak muda Melayu boleh melibatkan diri mereka dalam kegiatan yang lebih sihat.



Namun begitu, beliau menarik perhatian tentang sikap liberal terhadap dadah di beberapa negara, dengan banyak negara kini melihat jumlah peratusan belia mengambil dadah yang lebih tinggi daripada sebelumnya, terutamanya ganja.



Mujur, Dr Faishal kata sebahagian besar golongan belia di sini masih menentang penggunaan dadah di Singapura dan hanya segelintir saja yang bersikap liberal, namun ini tetap satu keprihatinan yang perlu ditangani.



Beliau berkata pemerintah akan terus memikirkan cara mendekati golongan belia dan memanfaatkan media sosial serta bekerjasama dengan mereka.



"Kita akan meneruskan usaha ini bersama dan berkongsi maklumat tentang sebab dan tanda-tanda, termasuk bagaimana dadah seperti ganja, methamphetamine dan bahan psikoaktif baru boleh memusnahkan kehidupan dan kesihatan mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >