Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen galak kaum Adam buang rasa malu dapatkan bantuan

Sep 09, 2020 | 05:30 AM



SEBUAH kempen bertujuan menghapuskan stigma berkenaan kaum Adam memendam perasaan dan menyembunyikan keperluan mereka mendapatkan bantuan telah dilancarkan sempena Minggu Kesedaran Pencegahan Bunuh Diri.



Kempen anjuran Samaritans of Singapore (SOS) itu, yang diberi nama #SuicideSeesNoGender (bunuh diri tidak membezakan jantina), mahu melenyapkan stigma masyarakat dan mengetengahkan kepentingan meminta pertolongan tanpa mengira jantina.



Ini dilakukan melalui filem dua bahagian yang berkongsi kisah inspirasi beberapa lelaki serta pasangan mereka yang melalui cabaran emosi dan pernah mempunyai keinginan membunuh diri.



Tahun lalu, Singapura merekodkan sejumlah 400 kes bunuh diri. Daripada jumlah tersebut, dua pertiga ialah lelaki.



SOS berkata jumlah tersebut bukan membimbangkan sahaja, bahkan menunjukkan terdapat isu sosial yang mesti ditangani.



Dalam satu kenyataan semalam, pertubuhan itu mengatakan sekian lama kaum Adam diberitahu bahawa mereka tidak boleh menangis atau menunjukkan mereka tidak dapat menangani masalah yang dihadapi.



Lelaki yang menunjukkan kelemahan mereka dipandang dengan hukuman dan prejudis masyarakat, dan ini secara tidak langsung mewujudkan penghalang psikologi yang menahan lelaki meluahkan perasaan dan cabaran mereka kepada sesiapa.



Ketua Eksekutif SOS, Encik Gasper Tan, berkata: "Rasa bersalah dan malu yang dikaitkan dengan meminta pertolongan daripada orang di sekeliling kadang-kadang menjadi penghalang bagi ramai daripada kita.



"Langkah pertama untuk menyedari emosi anda tidak mudah, tapi dengan sokongan daripada mereka di sekeliling, kita boleh menyedari bahawa perbualan dapat memecahkan rasa sunyi yang kita alami.



"Sangat penting bagi kita menangani stereotaip yang mengatakan berbual (tentang kesusahan yang dilalui) ialah suatu kelemahan.



"Sebaliknya, ia langkah berani untuk mengawal semula (keadaan kita)."



Dilancarkan pada 6 September lalu, kempen tersebut dihasilkan TBWA Singapore dan agensi pengeluaran tempatan The Momentum Singapore.




"Langkah pertama untuk menyedari emosi anda tidak mudah, tapi dengan sokongan daripada mereka di sekeliling, kita boleh menyedari bahawa perbualan dapat memecahkan rasa sunyi yang kita alami. Sangat penting bagi kita menangani stereotaip yang mengatakan berbual (tentang kesusahan yang dilalui) ialah suatu kelemahan.

"Sebaliknya, ia langkah berani untuk mengawal semula (keadaan kita)."

- Encik Gasper Tan, Ketua Eksekutif SOS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >