Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja dilancar

Ia sebahagian usaha tingkat kesedaran, sokongan terhadap kesejahteraan mental dalam kalangan pekerja dan majikan
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



KEMPEN Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja telah dilancarkan semalam, sebahagian usaha meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap kesejahteraan mental dalam kalangan pekerja dan majikan di tempat kerja.



Sehubungan itu, buku panduan bagi profesional sumber manusia yang mengandungi panduan dan templat langkah-demi-langkah yang mudah digunakan dan praktikal tentang cara melaksanakan inisiatif kesejahteraan mental di tempat kerja juga dilancarkan.



Kempen tersebut melengkapi kempen 'It's OKAY to reach out' (mendapatkan sokongan adalah okey) yang dilancarkan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) Oktober lalu yang bertujuan membiasakan perbualan tentang kesejahteraan mental dan menggalakkan warga Singapura mendapatkan sokongan serta menyokong orang lain.



Buku panduan tersebut pula mengandungi contoh inisiatif kesejahteraan mental yang telah berjaya dilaksanakan di syarikat-syarikat di Singapura yang boleh diguna pakai syarikat lain.



Buku panduan tersebut dihasilkan bersama oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Institut Profesional Sumber Manusia dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH).



Dalam ucapannya semasa majlis pelancaran Kempen Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad berkata, beliau berbesar hati lebih banyak sokongan kini diberikan kepada kesejahteraan di tempat kerja.



"Lebih ramai majikan menggalakkan perbualan terbuka dan melaksanakan inisiatif untuk menyokong kesejahteraan mental para pekerja.



"Melalui kempen ini, saya harap lebih ramai majikan dan pekerja sedar akan tanggungjawab bersama mereka dalam menangani kesejahteraan di tempat kerja," kata Encik Zaqy.



Beliau menambah bahawa pekerja patut menyuarakan isu-isu berkaitan kesejahteraan mental kepada majikan mereka dan majikan harus menyokong para pekerja ini.



Sempena pelancaran kempen itu, satu anugerah baru juga telah diperkenal.



Diberi nama Anugerah CARE ('Culture of Acceptance, Respect and Empathy') atau Budaya Menerima, Menghormati dan Berempati, anugerah tersebut merupakan kategori terbaru yang ditambah dalam Anugerah WSH yang diberikan secara tahunan.



Anugerah CARE bertujuan mengiktiraf syarikat yang telah mencapai kemajuan dalam perjalanan kesejahteraan mental mereka, dan menonjolkan mereka sebagai majikan pilihan.



Menyambut baik berita pelancaran anugerah itu, Penolong Setiausaha Agung NTUC Encik Melvin Yong, dalam catatan di Facebooknya berkata:



"Ini adalah hasil langsung daripada usaha belakang tabir NTUC menyokong bagi mengadakan anugerah khusus untuk mempamerkan amalan kesihatan mental di tempat kerja yang boleh dicontohi.



"Saya harap anugerah ini akan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk belajar daripada yang terbaik dan melaksanakan inisiatif kesihatan mental di tempat kerja mereka sendiri."




“Kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) antara Mei 2020 dan Jun 2021 mendapati bahawa kira-kira 13 peratus rakyat Singapura yang dikaji mengalami gejala kebimbangan atau kemurungan semasa wabak Covid-19. Ini berbanding tiga peratus yang mengalami gejala kebimbangan dan enam peratus dengan masalah kemurungan sebelum Covid-19. Dan sedang keadaan kelihatan semakin baik, kami berdepan dengan lebih banyak cabaran. Namun yang menggembirakan, lebih banyak majikan kini menggalakkan perbualan terbuka dan melaksanakan inisiatif untuk menyokong kesejahteraan mental para pekerja. Melalui kempen ini, saya harap lebih ramai majikan dan pekerja sedar akan tanggungjawab bersama mereka dalam menangani kesejahteraan di tempat kerja.”
– Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >