Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen 'Ramadan Care' bantu penduduk Pasir Ris-Punggol tangani Covid-19 dilancar

Apr 11, 2021 | 05:30 AM



BAGI membantu keluarga dan warga emas Melayu/Islam yang mudah terjejas di Pasir Ris-Punggol menangani cabaran pandemik Covid-19 sepanjang Ramadan ini, satu kempen bantuan telah dilancarkan rangkaian M³@Pasir Ris-Punggol di laman Facebook-nya semalam.



Dinamakan Kempen 'Ramadan Care', ia bertujuan memaparkan keprihatinan dan membawa keceriaan kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri masyarakat Melayu/Islam di kawasan tersebut.



Kempen itu berlangsung mulai 17 April hingga 30 Mei ini,



Ini merupakan kali pertama kempen tersebut, yang diterajui Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Pasir Ris-Punggol, dianjurkan di kawasan itu.



Anggota Parlimen dan penasihat akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha memberitahu Berita Minggu semalam bahawa ramai penduduknya bekerja dalam sektor penerbangan dan sektor minyak dan gas serta kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemik Covid-19.



Disebabkan itu, Encik Sharael menambah ramai antara mereka menceburi perniagaan dari rumah (HBB) untuk menjana pendapatan.



Justeru, Kempen 'Ramadan Care', dengan kerjasama aplikasi penghantaran makanan Pacquetz, mengadakan e-bazar Ramadan untuk membawa HBB halal di Pasir Ris-Punggol ke platform digital, di mana pesanan, penghantaran dan pembayaran dibuat melalui aplikasi itu.



"Ramai kakitangan penerbangan dan mereka yang dibuang kerja beralih ke perniagaan dari rumah dan (e-bazar Ramadan) adalah satu percubaan untuk membantu mereka semasa bulan Ramadan ini," kata Encik Sharael.



Lebih 20 HBB telah mengambil bahagian dalam usaha tersebut, kongsinya.



Selain itu, Kempen 'Ramadan Care' juga mengadakan rancangan masak-memasak maya yang distrim secara langsung di Facebook setiap petang Sabtu sepanjang Ramadan, untuk menggalak masakan sihat bagi berbuka puasa.



Rancangan selama empat episod itu akan dihoskan Cef Bob dan Encik Sharael dengan seorang tetamu undangan setiap minggu, iaitu Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, penasihat akar umbi GRC Pasir-Ris Punggol Cik Yeo Wan Ling dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan.



Pengagihan bento dan pek keperluan dapur M³ juga akan dijalankan setiap hujung minggu sepanjang Ramadan.



Sukarelawan dari MAEC GRC Pasir Ris-Punggol dan Kelab Masyarakat SMC Punggol West, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Islah akan ke rumah-rumah untuk mengagihkan pek keperluan dapur dan bento kepada warga emas dan keluarga mudah terjejas yang memerlukan.



"Ia adalah tempoh yang sukar untuk semua. Saya harap penduduk yang memerlukan bantuan mendapat bantuan yang diperlukan menerusi program mendekati masyarakat ini.



"Pada masa yang sama, kami harap kegiatan ini juga akan mendorong lebih ramai untuk menjadi sukarelawan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu mereka dalam kesusahan," tambah Encik Sharael.



Kempen itu akan menutup tirainya dengan sambutan Aidilfitri dalam talian yang dinamakan Jalinan Mesra Aidilfitri, anjuran MAEC di Pasir Ris-Punggol pada 30 Mei.




"Ramai kakitangan penerbangan dan mereka yang dibuang kerja beralih ke perniagaan dari rumah dan (e-bazar Ramadan) adalah satu percubaan untuk membantu mereka semasa bulan Ramadan ini...

Ia adalah tempoh yang sukar untuk semua. Saya harap penduduk yang memerlukan bantuan mendapat bantuan yang diperlukan menerusi program mendekati masyarakat ini."

- Anggota Parlimen dan penasihat akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >