Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen Ramadan TAA kumpul $1.5j

Jumlah lepasi sasaran $1.2j yang ditetapkan
Jun 06, 2021 | 05:30 AM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) masih terus menerima sumbangan selepas tempoh Ramadan dan sejauh ini berhasil mengumpul $1.5 juta hasil sambutan baik orang ramai, walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Jumlah itu melepasi sasaran $1.2 juta yang ditetapkan badan amal itu bagi kempen TAA-Ramadan tahun ini.



Mendedahkan demikian kepada Berita Minggu (BM), Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Farihullah Abdul Wahab Safiullah, berkata pihaknya berasa amat terharu dan gembira kerana meraih jumlah kutipan itu.



Namun kejayaan itu sememangnya ekoran sambutan orang ramai kepada TAA dan sikap dermawan masyarakat.



"Begitu amat bermakna untuk mengetahui bahawa orang ramai terus mempunyai kepercayaan pada TAA yang akan terus bersikap telus dalam memberi apa jua maklumat tentang apa yang kami lakukan.



"Oleh itu, amat penting bagi kami meneruskan matlamat utama kami untuk mengumpul dana dan kemudian mengagihkan kepada golongan memerlukan, dengan sokongan penderma.



"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua penderma kami," kata beliau yang ditemui di pejabat badan amal itu di bangunan Tanjong Katong Complex.



Memberi perincian, Encik Farihullah, 55 tahun, berkata sehingga penghujung Ramadan, TAA mengumpul lebih $1.3 juta.



Ia juga telah melanjutkan tempoh kempen kutipan dana sempena Ramadan tahun ini sehingga pertengahan Syawal dan berjaya mengumpul lebih $1.5 juta.



Sementara itu, sempena Ramadan juga, TAA telah mengagihkan sejumlah $1.43 juta kepada hampir 3,600 penerima bantuannya.



Jumlah bantuan itu adalah yang tertinggi diberi TAA sempena Ramadan sepanjang sejarah 29 tahunnya.



Setiap penerima bantuan menerima $350 dan tambahan bonus $50. Angka bantuan $400 itu juga adalah yang tertinggi diberikan kepada setiap penerima semasa Ramadan.



Namun TAA merancang memberi bantahan tambahan ekoran keadaan ekonomi sukar sekarang.



"Kami sedar bahawa penerima bantuan kami terus terjejas oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.



"Oleh itu kami juga akan menyediakan bantuan kewangan tambahan melalui pengagihan kedua TAA yang dijadual diadakan sekitar seminggu sebelum Aidiladha pada Julai nanti," kongsinya yang mula mengetuai TAA sejak April tahun lalu.



Orang ramai yang ingin menderma kepada TAA masih boleh terus berbuat demikian melalui laman www.taa.sg yang menyediakan pelbagai wadah buat penderma memberi sumbangan.



Laporan lanjut: Wadah digital hasilkan sumbangan terbesar bagi TAA




"Kami sedar bahawa penerima bantuan kami terus terjejas oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Oleh itu kami juga akan menyediakan bantuan kewangan tambahan melalui pengagihan kedua TAA yang dijadual diadakan sekitar seminggu sebelum Aidiladha pada Julai nanti."
– Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Farihullah Abdul Wahab Safiullah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >