Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan baru cas, tukar bateri motosikal elektrik dilancar

Sebagai usaha bina ekosistem pengangkutan darat lebih mapan
Sep 03, 2022 | 05:30 AM



DUA percubaan kemudahan mengecas dan menukar bateri motosikal elektrik akan dilancarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Demikian antara beberapa inisiatif baru diumumkan Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran semasa acara Hari Industri Pengangkutan Darat semalam sebagai sebahagian usaha membina ekosistem pengangkutan darat lebih mapan di sini.



Tujuan percubaan itu adalah untuk memudahkan pengguna motosikal elektrik mengecas dan menukar bateri mereka.



Ia akan dilancarkan dalam beberapa minggu mendatang dan dijalankan sepanjang setahun, kata LTA dalam satu kenyataan semalam.



Kedua-dua percubaan tersebut adalah bagi kerja penghantaran.



Penghasil skuter elektrik dari Taiwan, Gogoro, akan bekerjasama dengan syarikat induk Jardine Cycle & Carriage untuk mencuba sekitar 20 motosikal elektrik dan sekitar 100 bateri mudah ganti di dua stesen berkenaan, kata jurucakap LTA semalam.



Lagi satu percubaan melibatkan kerjasama spesialis motosikal elektrik tempatan MO Batteries dengan SingPost dan firma penyedia khidmat keselamatan Prosegur.



Encik Iswaran berkata: "Dengan adanya pelbagai huraian mengecas (bateri) yang kian bertambah, kami berharap dapat menggalak lebih banyak penggunaan model motosikal elektrik di Singapura, dan LTA sedang meneruskan pendekatannya dengan beberapa pemain industri untuk membuat lebih banyak percubaan seperti itu."



LTA juga melancarkan beberapa kursus kemahiran baru untuk melengkapkan teknisyen dengan kemahiran keselamatan dan penyenggaran kenderaan elektrik (EV).



Pertama adalah Pensijilan Keselamatan Spesialis Kenderaan Elektik Nasional (NESS) yang merupakan satu kerjasama dengan SkillsFuture Singapura.



Teknisyen boleh menyertai kursus yang diberi subsidi sehingga 70 peratus untuk meraih pensijilan ditauliah di bawah rangka kerja Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) oleh SkillsFuture Singapura dan diterima industri.



Kursus berkenaan boleh disertai menerusi Politeknik Ngee Ann, Politeknik Singapura dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) - penyedia pertama kursus berkenaan dengan pensijlan NESS itu.



LTA juga sedang bekerjasama dengan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk menawarkan sokongan gaji bagi teknisyen yang menjalani latihan di bawah Program Penukaran Kerjaya (CCP) bagi Profesional Kemampanan (Spesialis EV) yang bermatlamat meningkat daya tenaga manusia dalam penyenggaraan EV di sini.



LTA berkata syarikat boleh menerima sokongan gaji sehingga enam bulan bagi pekerja yang layak menjalani latihan sambil bekerja dan pensijilan NESS itu.



"Peralihan ini akan menawarkan peluang dan pekerjaan kepada pekerja kami, yang juga perlu dilengkapi kemahiran baru," kata Encik Iswaran.



"Walaupun perjalanannya akan memakan beberapa tahun, kami harus mula melaburkan usaha meningkat kemahiran sekarang," tambahnya.



Selain itu, satu Portal Inovasi Pengangkutan demi mendorong kerjasama dan inovasi antara rakan industri pengangkutan darat di sini telah dilancarkan semalam.



Encik Iswaran berkata LTA dan Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mendekati penduduk di sini untuk membincangkan tentang masa depan sistem pengangkutan Singapura.



Laporan lanjut: Dua stesen cas, tukar bateri motosikal dilancar dalam projek percubaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >