Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan gaji 10-30% bagi guru prasekolah

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



PARA pendidik dan pemimpin yang bekerja di prasekolah yang disokong pemerintah boleh menjangka kenaikan gaji antara 10 dengan 30 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.



Ini akan meningkatkan gaji bulanan mereka kepada antara $2,900 dengan $6,600 menjelang 2024, bergantung kepada pengalaman, kemahiran dan prestasi kerja mereka.



Peningkatan gaji itu adalah sebahagian daripada langkah pihak berkuasa mengiktiraf skop pekerjaan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih besar dan lebih kompleks.



Peningkatan gaji itu juga bertujuan menarik dan mengekalkan bakat di dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak.



Inilah antara pengumuman oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa Sambutan Awal Kanak-Kanak 2022 (ECC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Suntec pagi semalam.



Pekerja baru yang mempunyai diploma pendidikan awal kanak-kanak yang diluluskan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) dan menyertai pengendali utama juga boleh menjangkakan gaji permulaan sekurang-kurangnya $2,800 sebulan pada 2023, naik daripada $2,600 tahun ini.



Prasekolah di bawah pengendali utama adalah prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots, My First Skool, MY World Preschool, Skool4Kidz dan prasekolah E-bridge.



Menurut Encik Masagos, tuntutan ke atas pendidikan awal kanak-kanak telah menjadi lebih besar dan kompleks dan memerlukan pelbagai kecekapan yang lebih luas dan kemahiran yang lebih mendalam.



"Sebagai contoh, sedang kita mempertingkatkan inklusiviti di prasekolah, para pendidik kita perlu memperolehi kemahiran-kemahiran baru untuk menguruskan murid yang pelbagai, termasuk mereka yang mempunyai keperluan tambahan.



"Selain mengajar dan menjaga kanak-kanak di bilik darjah, pendidik juga perlu bekerja lebih rapat dengan ibu bapa dan rakan kongsi masyarakat bagi memupuk pertumbuhan dan pembelajaran anak di rumah dan dalam masyarakat," ujar beliau.



Encik Masagos menambah bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan kepada gaji para pendidik di dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak agar sepadan dengan peningkatan kemahiran dan skop pekerjaan.



"Oleh itu, kami akan bekerja rapat dengan prasekolah yang disokong pemerintah untuk menaikkan gaji pendidikan awal kanak-kanak dalam tempoh dua tahun akan datang," ujar beliau.



Dalam wawancara dengan Berita Minggu semalam, seorang pendidik bayi dari My First Skool, Cik Siti Nuurdina Md Rooslee, 27 tahun, amat mengalu-alukan peningkatan gaji bagi pendidik dari sektor pendidikan awal kanak-kanak.



"Sebagai seorang pendidik, saya amat bersyukur kerana kerja keras dan sumbangan pendidik kini diiktirafkan dengan peningkatan gaji.



"Namun bagi saya, kebajikan kakitangan dan peluang pertumbuhan kerjaya juga penting, dan saya gembira NTUC First Campus (NFC) sentiasa menyediakan sokongan yang saya perlukan," kata beliau yang telah mengajar selama tujuh tahun.




"Selain mengajar dan menjaga kanak-kanak di bilik darjah, pendidik juga perlu bekerja lebih rapat dengan ibu bapa dan rakan kongsi masyarakat bagi memupuk pertumbuhan dan pembelajaran anak di rumah dan dalam masyarakat."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >