Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan gaji, peluang kerjaya lebih baik untuk kakitangan sektor penerbangan

May 07, 2022 | 06:25 PM



Kakitangan sektor penerbangan boleh menjangkakan kenaikan gaji dan prospek kerja yang lebih baik dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang, apabila sektor itu kembali rancak, disokong pula dengan pelonggaran sekatan perjalanan global.



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng berkongsi harapannya terhadap pemulihan berterusan sektor yang terjejas teruk itu sewaktu acara penghargaan Hari Pekerja untuk kakitangan penerbangan pada Sabtu (7 Mei).  



Acara tersebut telah dianjurkan bersama oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Rakan untuk Penerbangan (FFA) sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan sektor tersebut setelah mereka menunjukkan daya ketahanan untuk mengharungi Covid-19 sepanjang dua tahun lalu.



Bercakap kepada media di selepas acara berkenaan, yang diadakan di kantin pekerja penerbangan yang terletak di Lapangan Terbang Changi, Encik Ng berkata beliau gembira kerana sektor penerbangan telah kembali rancak dengan penerbangan pesawat memasuki negara ini dengan kerap selepas tempoh dua tahun yang tidak menentu. 



Beliau juga berkata pekerja penerbangan kini menghadapi “masalah gembira” yang timbul daripada pemulihan ini, kerana mereka terpaksa menghadapi banyak kerja di tengah-tengah kekurangan tenaga pekerja, yang dianggarkan akan mengambil masa tiga hingga enam bulan lagi untuk memulihkan sektor itu.



Encik Ng berkata: “(Apabila) kami menyambut kembali kepulangan para pekerja, saya rasa kami akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk perniagaan yang lebih baik, dan saya fikir masa depan sektor penerbangan akan menjadi lebih cerah.”



Turut hadir pada acara itu adalah Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) dan Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Chee Hong Tat; Pengerusi CAAS, Encik Edmund Cheng serta ketua eksekutif Kumpulan Lapangan Terbang Changi, dnata, Sats dan Syarikat Kejuruteraan SIA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >