Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan gaji permulaan sehingga 10% bagi pekerja SMRT

Feb 24, 2018 | 02:18 PM



PERBINCANGAN antara pengendali pengangkutan SMRT dan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) telah berakhir dengan persetujuan untuk memperbaiki kebajikan pekerja.



Ini termasuk gaji permulaan yang lebih tinggi mulai 1 Mac dan melanjutkan kontrak pekerjaan bagi pekerja yang sudah bersara. 



Menurut laporan akhbar The Straits Times, gaji permulaan bagi jurutera yang memegang ijazah akan dinaikkan sehingga sebanyak $350 atau 10 peratus. 



Jurutera dengan “ijazah Kepujian yang tinggi” boleh menerima gaji permulaan sebanyak $3,800 setiap bulan mulai 1 Mac tahun ini. 



SMRT, yang mempunyai seramai 11,000 pekerja, mengumumkan perubahan tersebut hari ini.



Graduan politeknik akan menerima kenaikan $200 bagi gaji permulaan mereka, iaitu dengan gaji asas sebanyak $2,400 sebulan, manakala mereka yang mempunyai diploma Institut Pendidikan teknikal (ITE) akan menerima $1,900 sebulan, dengan peningkatan sebanyak $225. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >