JIKA kebanyakan pelajar berasa gembira dan berpuas hati setelah menamatkan pengajian di politeknik, Encik Rizwan Ahmad Shamin Ahmad mempunyai perasaan berbeza.
Selepas tiga tahun menceburi bidang Bioteknologi di Politeknik Singapura, beliau menyedari bahawa jurusan tersebut bukan minat sebenar beliau dan disebabkan itu keputusan peperiksaan yang diterima menghampakan.