Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenderaan baru SCDF: Tingkat kawal kebakaran, usaha menyelamat

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan mengerahkan dua kenderaan kecemasan baru pada awal 2023 yang akan mempertingkat keupayaan memadam kebakaran dan usaha menyelamat.



Dengan ketinggian 90 meter ibarat bangunan setinggi 30 tingkat, pelancaran kenderaan itu diumumkan semasa Pameran dan Keselamatan Kebakaran Asia Persidangan di Singapore Expo semalam.



Kedua-dua kenderaan itu akan dikerahkan di Balai Bomba Kallang dan Punggol.



Ini didedahkan sewaktu Seminar Perancangan Kerja SCDF lebih tiga tahun lalu.



Kenderaan baru itu membolehkan anggota bomba berdiri di platform kenderaan, dan boleh menampung berat sehingga 500 kilogram.



Platform itu kemudian boleh digerak dan diangkat ke ketinggian yang diperlukan.



Anggota bomba juga dapat melawan api yang membara dengan muncung pemadam api yang dipegang atau dengan alat pemantauan air yang berupaya mengeluarkan 3,800 liter air setiap minit.



Air itu akan diakses daripada pili bomba di kawasan sekitar.



Keupayaan ketinggian memadam kebakaran dan usaha menyelamat SCDF kini adalah dari ketinggian 34 hingga 60 meter.



SCDF berkata kenderaan baru itu, yang dibangunkan dengan kerjasama Agensi Sains dan Teknologi Pasukan Home Team, akan meningkatkan kesediaan operasi dan respons terhadap kebakaran bangunan tinggi di Singapura yang pesat berubah landskapnya.



"Tambahan terbaru ini kepada inventori barisan hadapan kami akan memberi komander SCDF lebih banyak pilihan taktikal dalam menjalankan operasi memadam kebakaran dan usaha menyelamat di bangunan tinggi," tambah SCDF.



Semasa pameran dan persidangan itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim telah diundang menyaksikan kenderaan bomba dan penyelamat yang dipamerkan di tempat letak kereta Singapore Expo, bersama ambulans generasi ketujuh SCDF.



Dr Faishal merupakan tetamu terhormat di acara tersebut, yang dianjurkan oleh Majlis Kesediaan Kebakaran dan Kecemasan Kebangsaan dan SCDF sejak 2011.



Ini merupakan kali keempat acara itu diadakan, dan sepanjang tiga hari, ia akan menampilkan bengkel mengenai reka bentuk keselamatan kebakaran, pengurusan keselamatan kebakaran dan tindak balas operasi.



Acara itu juga akan merangkumi ucapan oleh penceramah antarabangsa yang akan berkongsi idea dan amalan terbaik mengenai keselamatan kebakaran dan pengalaman dari negara masing-masing.



Semasa ucapan di pembukaan acara itu, Dr Faishal berkata bahawa SCDF telah meningkatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan kesediaan operasi, tindak balas dan latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >