Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenyataan Menteri kupas isu katil ICU untuk pesakit Covid-19 di sidang parlimen

Oct 29, 2021 | 09:33 PM



SEBUAH kenyataan menteri akan disampaikan oleh Kementerian Kesihatan di Parlimen apabila ia bersidang pada Isnin (1 Nov).



Ini bagi menjawab soalan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP) tentang keupayaan sistem penjagaan kesihatan dan kakitangan hospital di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.


Seramai 10 AP telah memfailkan soalan tentang topik itu sedang kes Covid-19 harian terus berada di atas angka 3,000 minggu lalu dan mencatat rekod 5,324 kes pada Rabu.


Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, Rabu lalu (20 Okt) berkata lonjakan kes Covid-19 di sini telah meletakkan tekanan ketara ke atas hospital awam, dengan 89 peratus daripada 1,650 katil pengasingan dan 67 peratus katil dalam unit jagaan rapi (ICU) mempunyai pesakit.


Buat masa ini ada sekitar 200 katil ICU untuk pesakit Covid-19, yang dirawat di sana selama 15 hari secara purata. Tetapi rawatan paling lama boleh berlarutan sehingga satu bulan, tambah Encik Ong.


Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) telah bertanya tentang kekurangan tenaga kerja dan kesejahteraan kakitangan, manakala Cik Jessica Tan (GRC East Coast) bertanya apakah langkah lanjut yang diperlukan untuk mengurangkan bilangan kes serius dan kematian akibat Covid-19.


AP juga telah meminta maklumat terkini mengenai keadaan di Asrama Westlite Jalan Tukang yang menjadi tumpuan awal bulan ini selepas laporan tentang makanan bermutu rendah dan kelengahan dalam menghantar pekerja dengan Covid-19 ke kemudahan jagaan.


Polis rusuhan telah dikerahkan ke sana pada 13 Oktober, selepas pekerja berkumpul untuk menyuarakan kekecewaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >