Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepelbagaian boleh jadi sumber kekuatan: Indranee

Lebih banyak persamaan daripada perbezaan dalam kalangan agama utama
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN membina hubungan kukuh dalam kalangan masyarakat yang berbeza adalah penting, kepelbagaian juga boleh menjadi sumber kekuatan sekiranya ia dapat dimanfaatkan sewajarnya, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.



Ini relevan bukan bagi Singapura sahaja, malah Asean, tambah beliau.



"Dengan kepelbagaian, kita dapat menghasilkan idea dan amalan yang kaya, yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan dari luar," ujar Cik Indranee.



Beliau, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), berkata demikian semasa berucap di upacara pembukaan program 'Faithfully Asean (FA22)' di Hotel Furama RiverFront semlam.



Cik Indranee juga berkata ada lebih banyak persamaan daripada perbezaan dalam kalangan agama utama juga.



Al-Quran, misalnya, menyatakan bahawa seseorang itu harus menolong satu sama lain demi kebaikan dan bukan dalam perbuatan berdosa dan terlarang.



Bible pula menggalak rasa cinta dan kasih buat satu sama lain.



Sementara itu, beberapa agama lain, seperti Buddha dan Tao, turut menggalak sifat belas kasihan dan perbuatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.



"Dengan pemahaman ajaran agama yang berbeza, kita harus mencari diri kita dalam persamaan ini dan mencari cara memperkukuh hubungan berdasarkan nilai yang kita kongsi bersama," kata Cik Indranee.



FA22, yang berlangsung dari semalam hingga esok, disampaikan badan bukan pemerintah Humanity Matters dan disokong Yayasan Temasek.



Program itu diikuti 40 peserta daripada sektor silang agama, sosial dan belia dari Asean, serta 230 tetamu tempatan, termasuk pegawai diplomatik dari Asean dan Asia serta pemimpin korporat, agama, masyarakat dan belia.



Faithfully Asean merupakan satu usaha yang menyatukan pengamal silang agama dari negara Asean untuk, antara lain, bertukar-tukar pandangan tentang usaha bermakna yang dipimpin masyarakat, pengalaman, cabaran dan amalan terbaik berhubung usaha pendekatan silang budaya dan agama, perpaduan serta daya ketahanan.



Program tersebut dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob pada 2018 dan ini merupakan kali keempat ia diadakan.



Sempena upacara pembukaan program itu, Cik Indranee turut melancarkan pameran interaktif dalam bentuk maya Faiths@Work, yang dihasilkan lima relawan belia setempat.



Program FA22 itu dihoskan oleh pengerusi Humanity Matters dan Duta Kelana, Encik Ong Keng Yong.



Penasihat Khas Humanity Matters, Encik Hassan Ahmad, turut menyertai satu sesi dialog silang agama yang bertemakan Sifat Inklusif dan Idealisme (Inclusivity and Idealism).



Sesi dialog itu turut disertai Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan; Dekan Pusat Latihan Kemuridan, Dr Lim K. Tham; Anggota Sepanjang Hayat Pertubuhan Antara Agama (IRO), Cik Joginder Kaur; serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Endowmen Hindu (HEB), Encik Raja Segar.




"Dengan pemahaman ajaran agama yang berbeza, kita harus mencari diri kita dalam persamaan ini dan mencari cara memperkukuh hubungan berdasarkan nilai yang kita kongsi bersama."
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, merangkap Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), menekankan ada lebih banyak persamaan daripada perbezaan dalam kalangan agama utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >