Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepelbagaian pandangan rancakkan penggubalan dasar: DPM Heng

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



KEPELBAGAIAN pandangan menambah kepada kerancakan dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar tetapi Singapura tidak boleh membiarkan perbezaan pandangan membawa padah, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat semalam.



Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran buku The Singapore Synthesis: Innovation, Inclusion, Inspiration, yang merupakan koleksi empat ceramah yang disampaikan Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura, Encik Ravi Menon atas kapasitinya sebagai Zamil S R Nathan kesembilan di Institut Kajian Dasar pada Julai 2021.



Buku ini juga termasuk sorotan dialog Encik Menon dengan penonton.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata walaupun Singapura mahukan kepelbagaian pandangan dan membahaskan perspektif berbeza dengan teliti, ia juga memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan keberanian untuk membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil.



"Apabila keputusan diambil, sudah tiba masanya untuk bertindak secara kolektif dan tegas, dengan semua tangan di atas dek, dan kita mesti menyemak secara berkala mengenai pilihan yang dibuat, untuk melihat sama ada kita boleh melakukannya lebih baik lagi," kata beliau, sambil menambah bahawa ia adalah antara sebab yang menjadikan negara ini berjaya.



Dalam majlis yang diadakan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Encik Heng menyatakan bagaimana kejujuran Encik Menon dalam siri ceramahnya telah mengejutkan sesetengah pihak, memandangkan kedudukannya dalam pertubuhan itu.



Antara lain, Encik Menon telah mengemukakan cadangan yang dianggap berani seperti meningkatkan cukai karbon, menaikkan cukai kekayaan dan mengkaji gaji minimum.



Tetapi dalam pemerintah, isu-isu ini sering dibincangkan secara meluas, kata Encik Heng, sambil menambah bahawa bukan sahaja Encik Menon, tetapi ramai yang lain juga, yang menyumbang kepada kepelbagaian idea.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >