Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan 4G perlu perkukuh kepercayaan warga

Jul 25, 2019 | 05:30 AM



KEPIMPINAN generasi keempat (4G) Singapura perlu memperkukuh kepercayaan warga setempat sedang negara ini melangkah ke fasa pembangunan negara selanjutnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semalam.



Ini kerana kepercayaan yang telah terjalin sejak bertahun lamanya boleh hilang sekiranya para pemimpin menjadi cuai atau mudah berpuas hati.



"Sedang masyarakat Singapura maju daripada dunia ketiga ke dunia pertama, mereka lihat kepercayaan mereka itu terletak pada pemerintah PAP.



"Jalinan kepercayaan antara warga Singapura dengan pemerintah terus mendalam sedang Singapura diuji semasa krisis kewangan Asia, Sars, dan kemudian krisis kewangan sejagat," dalam ucapan yang teksnya diedarkan kepada media semalam.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Forum Dasar Parti Tindakan Rakyat (PAP), semalam.



Encik Heng, yang juga Penolong Setiausaha Agung pertama parti itu, berkata:



"Sedang Singapura menyokong satu sama lain dalam masa-masa sukar, jalinan antara warga Singapura juga kian kukuh.



"Jalinan ini telah membolehkan kita mengatasi krisis dan mengukuhkan institusi kita," kata Encik Heng yang juga ketua pasukan pemimpin 4G.



Encik Heng menukil contoh Perdana Menteri Pengasas mendiang Encik Lee Kuan Yew dan generasi perintis pemimpin PAP yang meraih kepercayaan warga Singapura, dengan memperbaiki kehidupan mereka.



Ini kemudian berterusan ke setiap generasi pemimpin, kader dan anggota PAP.



"Generasi pemimpin yang mengambil alih perlu memenangi jiwa dan hati warga Singapura menurut cara mereka sendiri, sejajar dengan permintaan pada waktu itu. Encik Goh Chok Tong memperkenalkan pemerintah yang lebih bermusyawarah, lebih melibatkan dan mendengar warga Singapura.



"Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pula mendukung cara tadbir urus yang lebih inklusif, menggalak komunikasi dua hala antara pemerintah dengan orang ramai, dan memperkenalkan dasar untuk membangunkan masyarakat yang lebih adil," jelasnya.



Menurutnya, para pemimpin 4G perlu menangkis gelombang gangguan yang membadai banyak masyarakat di negara matang.



Beliau memetik masalah Brexit di Britain yang masih belum dapat dihuraikan, ketegangan di Hongkong antara pihak berkuasa dengan rakyat di sana akibat kontroversi Rang Undang-Undang Ekstradisi.



"Kita tahu kepercayaan antara masyarakat dengan pemimpinnya tidak boleh diwarisi.



"Dan pasukan 4G perlu lakukannya pada masa politik kita kian tercabar.



"Kita perlu mengembangkan cara kepimpinan mengikut masa, dan wujudkan jalinan kepercayaan yang diperbaharui dengan pengundi," katanya.



Dalam ucapannya itu Encik Heng menambah bahawa warga Singapura kini lebih pelbagai berbanding generasi sebelumnya, dan menjangkakan pemerintah dapat mewakili secara terbaik, keperluan dan aspirasi mereka yang pelbagai.



Ini kerana masyarakat Singapura kian pelbagai dalam keperluan mereka kerana penduduk yang menua dan berhadapan dengan perbezaan sekitaran kehidupan, kata Encik Heng.



"Sebagai sebuah masyarakat yang matang, pandangan dan nilai kita juga semakin pelbagai.



"Warga Singapura meminati pelbagai perkara. Dan kita perlu jangkakan kepelbagaian pandangan dan perdebatan yang lebih rancak dalam tahun-tahun mendatang.



"Di beberapa negara, parti-parti politik telah mengeksploitasi perbezaan dalam masyarakat yang sedemikian untuk menimbulkan ketegangan dan ketakutan, serta menyebabkan keretakan antara orang ramai demi meraih kepentingan politik.



"Kepercayaan hancur dan masyarakat berpecah, kadang kala hanya kerana satu isu. Kita tidak boleh biarkan ini berlaku di Singapura," katanya lagi.



Di forum tersebut Penasihat Kedua Majlis Forum Dasar PAP, Encik Amrin Amin, menekankan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat yang timbul daripada latar belakang yang berbeza boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan huraian yang lebih membina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >