Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keppel Corporation derma 150 komputer riba bagi pelajar memerlukan

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR dari keluarga bergaji lebih rendah akan menerima komputer riba baru melalui inisiatif Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk menyokong pembelajaran di rumah (HBL).



Sebanyak 150 komputer riba bernilai lebih $160,000 akan didermakan Keppel Corporation menerusi inisiatif ComLink dan akan diedarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.



Komputer riba yang tidak diedarkan akan digunakan bagi kelas akademik dna pengayaan bagi pelajar di bawah program ComLink.



ComLink menawarkan sokongan proaktif yang menyeluruh kepada keluarga yang tinggal di rumah sewa agar dapat memperbaiki keadaan dan membina keupayaan mereka bagi masa depan yang lebih cerah.



Sumbangan itu dijangka dapat membantu lebih 240 pelajar di Singapura.



Setiausaha Parlimen MSF Encik Eric Chua mengucapkan terima kasih kepada Keppel Corporation kerana tampil menyokong golongan yang memerlukan meskipun di pertengahan pandemik yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi.



"Usaha ini akan terus menolong pelajar yang memerlukan... membina masyarakat yang inklusif adalah usaha bersama.



"Kami menggalak syarikat dan penderma lain tampil dan lakukan yang sama dan kerjasama dengan MSF dan rakan masyarakat untuk membina masyarakat penyayang yang tidak melupakan sesiapa," ujar beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keppel Care cabang dermawan Keppel Group, Encik Ho Tong Yen berkata:



"Covid-19 telah menyebabkan cabaran besar di seluruh dunia. Ia juga memesatkan pendigitalan dan elektronik pembelajaran (pembelajaran), di mana kami percaya adalah trend jangka panjang bagi yang akan diteruskan pasca wabak.



"Dengan menyediakan akses kepada peralatan pendigitalan dan mempromosikan literasi digital, kami harap kami dapat menyokong pendidikan dan keperluan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, terutama semasa tempoh pembelajaran di rumah untuk membendung penularan pandemik."



Selain sumbangan komputer riba, staf Keppel Group akan mengendali bengkel pendidikan digital dan aktiviti pendidikan lain bagi pelajar di dua kejiranan ComLink secara sukarela.



Sumbangan Keppel ini adalah sebahagian pakej penjagaan syarikat itu bernilai $4.2 juta yang diumumkan pada 2020 untuk menyokong masyarakat yang terjejas akibat Covid-19.



Sejak pandemik bermula, Keppel Group telah menyumbang sekitar $5 juta untuk menyokong usaha global mengekang virus Covid-19.



Pada Mac lalu, Keppel juga telah menderma $300,000 ke dana Digital For Life, ditubuhkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Menerusi sumbangan itu, Keppel bertujuan untuk menggalak pendigitalan dan membantu warga tua berpendapatan rendah untuk berhubung secara lebih mendalam dengan masyarakat dengan menggunakan peralatan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >