Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan biaya SPH Media masih relevan; isu edaran bukan kayu ukur: Josephine

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH tidak akan mengubah keputusan mereka untuk memberikan dana sokongan dan jumlah yang telah ia komited kepada kumpulan media, SPH Media Trust (SMT), kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen semalam.



Beliau menambah bahawa hasil kajian dalaman mengenai data edaran SMT dari September 2020 hingga Mac 2022 tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dana awam dan tiada wang awam yang telah digunakan.



"Pihak pemerintah belum lagi mengagihkan sebarang wang daripada dana sokongan sebanyak $900 juta yang ia telah komited kepada SMT sepanjang lima tahun akan datang," kata beliau, yang menjawab lebih sedozen soalan Anggota Parlimen (AP) berhubung angka edaran berlebihan yang ditemui semasa satu audit yang dijalankan tahun lalu oleh SPH Media.



SMT menghadapi kritikan awam selepas kajian dalaman mendapati bahawa angka edaran untuk beberapa penerbitan berlebihan kira-kira 85,000 hingga 95,000 naskhah purata harian antara September 2020 dan Mac 2022.



SMT memiliki akhbar seperti The Straits Times (ST), Berita Harian (BH) dan Lianhe Zaobao.



Cik Teo berkata dalam menilai pembiayaan yang diperlukan, angka edaran bukanlah pertimbangan utama.



"Terdapat keperluan untuk mengekalkan berita tempatan demi kepentingan awam di tengah-tengah gangguan besar dalam industri media," kata beliau.



Beliau turut menekankan sebab-sebab di sebalik keputusan pemerintah untuk menyokong SMT.



Antaranya adalah untuk membantu bilik berita dalam pembangunan teknologi supaya kekal berdaya saing, peningkatan bakat serta mengekalkan media-media vernakular.



Sebab-sebab pembiayaan SMT dibahaskan di Parlimen pada 2021 dan 2022 dan masih kekal relevan hingga ke hari ini, kata Cik Teo mengenai hasil kajian kementeriannya selepas semakan yang dicetuskan oleh isu edaran itu.



"Berita tempatan memberi suara kepada identiti Singapura dan perspektif Singapura, dan juga menyediakan maklumat yang boleh dipercayai oleh orang ramai sebagai tepat dan objektif," kata beliau.



Beliau menekankan bahawa Lembaga dan pengurusan SMT perlu prihatin terhadap tugas awam mereka, tanggungjawab mereka untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap bilik berita dan wartawan mereka, dan keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan tekun dan tepat pada masanya.



Dalam hal ini, tumpuan pemerintah adalah pada bilangan pembaca dan jangkauannya, yang mengukur berapa ramai orang membaca terbitan-terbitan itu dan bukan kadar edaran yang mengukur berapa banyak naskhah dijual atau diedarkan.



Cik Teo berkata kededua faktor ini akan diukur melalui tinjauan yang dilakukan oleh pihak ketiga, seperti agensi penyelidikan GfK, sumber luar seperti Institut Reuters bagi Kajian Kewartawanan di Universiti Oxford, dan tinjauan pemerintah sendiri.



Beliau menambah terdapat beberapa perlindungan dalam perjanjian pemerintah dengan SMT untuk memastikan pembiayaan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >