Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE ‘O’ 12 Jan

Jan 05, 2023 | 08:39 PM



KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ 2022 akan dikeluarkan pada 12 Januari ini.


Mereka yang telah menduduki peperiksaan tersebut boleh menerima keputusan daripada sekolah menengah mereka mulai 2 petang, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (5 Jan).


Calon sekolah yang tidak sihat atau sedang mengasingkan diri akibat ujian Covid-19 positif tidak sepatutnya ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka, tetapi boleh menyemaknya di Portal Calon Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dari 2.45 petang pada 12 Januari hingga 11.59 malam pada 26 Januari.


Calon sekolah yang mempunyai akaun Singpass boleh menggunakannya untuk mengakses portal tersebut.


Bagi pelajar antarabangsa di sekolah menengah, satu e-mel mengandungi nama pengguna yang dijana sistem bagi portal itu  akan dihantar kepada mereka mulai 9 Januari.


Calon privet pula akan menerima keputusan mereka melalui pos pada 12 Januari di alamat yang mereka telah berikan kepada SEAB.


Calon privet yang mempunyai akaun Singpass boleh mengakses keputusan mereka dalam talian menerusi Portal Calon SEAB. 


Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass akan menerima nama pengguna yang dijana sistem menerusi e-mel untuk mengakses portal itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >