KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Awam Pendidikan (GCE) peringkat 'O' bakal diumum 2 petang, 11 Januari.
Dalam satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), ekoran Covid-19 sekarang, pelajar akan menerima keputusan mereka daripada sekolah menengah masing-masing di kelas sendiri berbanding berhimpun sebagai satu kohort sebelum ini.
Pelajar yang sakit, di bawah Perintah Kuarantin, Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), atau Cuti Ketidakhadiran pada hari keputusan diumumkan, tidak harus kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.
Sebaliknya mereka boleh melihat keputusan mereka dalam talian di laman SEAB.
Sistem tersebut boleh diakses dari 11 Januari hingga 25 Januari.
Pelajar juga boleh melantik seorang wakil untuk mengambil salinan keputusan bagi pihak pelajar.
Calon privet akan diberitahu tentang keputusan mereka melalui pos.
Keputusan akan dihantar pada 11 Januari kepada alamat yang telah diberikan kepada SEAB.
Pelajar yang layak bagi SingPass juga boleh menggunakan akaun SingPass untuk mendapatkan keputusan secara dalam talian menerusi SEAB.